HALAMAN SANTAI

Jumaat, 31 Januari 2020

TERKINI : Najib Rosmah Mahu Periksa Barang Disita!!



KUALA LUMPUR- Beberapa kali Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan menyoal pasukan pendakwa berhubung bantahan serta kebimbangan mereka dengan permohonan memeriksa secara fizikal barangan yang telah disita dengan dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memohon perintah mahkamah untuk memeriksa sendiri barangan sitaan yang antaranya jam tangan, beg tangan serta wang tunai termasuk matawang asing di rampas di kediaman keluarganya.

Selain Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan anak perempuannya Nooryana Najwa turut memfailkan permohonan pemeriksaan fizikal pada 19 Julai tahun lalu berhubung sitaan barang-barang tersebut.

Masing-masing memohon untuk memeriksa barangan dirampas bagi membantu pasukan peguam menyediakan pembelaan terhadap saman pelucuthakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Mohamed Zaini kemudian menetapkan 3 Februari bagi memutuskan sama ada beliau akan membenarkan permohonan Najib, Rosmah serta Nooryana atau sebaliknya.

Sebelum ini, notis dikeluarkan bagi membolehkan pihak berkepentingan hadir ke mahkamah pada hari yang akan ditetapkan dan memberikan alasan mengapa harta terbabit tidak sepatutnya dilucut hak kepada kerajaan.

Tiada ulasan: