HALAMAN SANTAI

Rabu, 29 Januari 2020

Shah Alam jadi bandar terbiar?

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz di Seksyen 5 yang merupakan 
salah satu mercu tanda di Shah Alam.

SHAH ALAM: Plaza Perangsang antara tempat paling sibuk di Shah Alam dengan kedai dan pejabat yang dipenuhi pengunjung serta pekerja kira-kira 5 tahun lalu, kini hampir kosong.

Plaza Perangsang yang terletak di kawasan perniagaan Seksyen 14 di pusat bandar Shah Alam kini bagaikan bandar hantu kerana kebanyakan bangunan pejabat dan pusat beli-belah tinggal hampir terbiar.

Seorang peniaga baju selama 10 tahun di Plaza Perangsang yang menggelar dirinya Kak Habibullah berkata, perniagaannya berkembang pada mulanya, sebelum pelanggan berkurangan kira-kira 50% dan pendapatannya hanya cukup untuk membayar sewa lot.
Papan menunjukkan bilangan penyewa di Menara Bank Rakyat, 
Shah Alam.
 

Seorang kerani di pejabat operasi dan penyelenggaraan bangunan itu berkata, ramai penyewa lot pejabat diminta mengosongkan premis beberapa tahun lalu untuk memberi laluan kepada pengubahsuaian.“Tetapi pengubahsuaian itu tidak pernah berlaku.”

Plaza Perangsang yang dibuka pada 1988 ialah mercu tanda utama di Shah Alam dan sebuah daripada bangunan komersial tinggi tertua di bandar itu.

Ia direka dan dibina syarikat berkaitan kerajaan, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan anak syarikatnya, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad.

Ia pernah menempatkan Hotel Quality yang merupakan hotel terawal di Shah Alam.

Sesetengah lot pejabat di tingkat atas masih berpenghuni, kebanyakannya disewa Lembaga Hasil Dalam Negeri cawangan Selangor.

Di Menara Bank Rakyat yang terletak beberapa kilometer dari Plaza Perangsang, kebanyakan daripada 23 tingkatnya tidak berpenghuni.
Plaza Perangsang dan bangunan Umno Selangor yang terletak 
di Seksyen 14 Shah Alam.
Seorang anggota polis yang mengawal bangunan itu mengesahkan banyak lot pejabat sudah kosong.

Beberapa ratus meter dari sana terletak bangunan Bank Negara cawangan Selangor yang sudah terbiar.

“Semua sudah berpindah ke Kuala Lumpur,” kata pengawal keselamatan di sana.

Begitu juga nasib bangunan Umno Selangor tidak jauh dari sana kerana kurang 10 orang bekerja di seluruh bangunan itu.

Pakar hartanah, Ernest Cheong menyalahkan perancangan buruk untuk kadar penyewaan rendah.
Seorang kakitangan di bangunan Umno Selangor di Shah Alam 
berkata, kurang 10 orang bekerja di bangunan ini.
Beliau berkata, masalahnya ialah bangunan di Seksyen 14 dibangunkan kerajaan negeri, bukannya pemaju komersial yang didakwanya akan mempunyai perancangan bandar lebih baik.

“Langsung tiada jambatan pejalan kaki menghubungkan Plaza Perangsang dan pusat beli-belah PKNS berhampiran.”

Mengulas kekurangan kepelbagaian barangan pengguna di Plaza Perangsang, katanya, pengunjung mungkin tiada pilihan jika gagal mencari barang yang mereka mahu dan keadaan bertambah teruk kerana tiada jambatan pejalan kaki di kawasan itu.
Lobi Plaza Perangsang yang lengang.
Ejen hartanah yang khusus dalam penyewaan pejabat di Seksyen 14, Munirah Mohammad berkata, penyelenggaraan bangunan yang teruk ialah satu daripada punca kadar penyewaan rendah.

“Bangunan ini agak lama dan ketinggian siling sangat rendah.”

Katanya, kebanyakan penyewa berpindah ke bangunan pejabat baru yang diselenggara lebih baik seperti Plaza Azalea, Vista Alam dan Menara Naza.

Tiada ulasan: