Timbalan
Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa sidang
media selepas mesyuarat berkenaan insiden Cluster Novel Koronavirus di
Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK
PUTRAJAYA – Kerajaan tidak bercadang membawa keluar rakyat
negara ini yang berada di Wuhan, China, kata Timbalan Perdana Menteri,
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
“Buat masa sekarang tidak ada keperluan untuk bawa mereka keluar,”
katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat
Penyelarasan Kluster Novel Koronavirus (2019-nCoV), di pejabatnya, hari
ini.
Sementara itu mengulas isu yang sama, Menteri Luar, Datuk
Saifuddin Abdullah berkata, Kedutaan Malaysia di Xian sentiasa berhubung
dengan semua mereka. Saifuddin Abdullah
“Buat masa ini kita bergantung kepada tahap kritikal keadaan, jadi
buat masa ini belum ada perancangan untuk proses pindahkan mereka,”
jelas Saifuddin.
Menurut Duta Malaysia ke China, Datuk Raja Nushirwan Zainal Abidin,
sehingga semalam, seramai 28 rakyat Malaysia terdiri daripada mahasiswa
dan golongan profesional masih berada di Wuhan.
Mereka kini menjalani perintah berkurung susulan penularan koronavirus di bandar raya itu.
Ketika ini, kesemua mereka masih bebas daripada jangkitan berkenaan. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan