
Tegas Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Noraini Ahmad, Latheefa Koya tidak sepatutnya mendedahkan perbualan itu kepada umum, sebaliknya menyerahkan rakaman berkenaan kepada pihak berkuasa untuk siasatan.
“Tindakan Latheefa ini bukan sahaja memalukan SPRM tetapi juga merosakkan hubungan baik antara Malaysia dan UAE.
“Wanita UMNO mengecam tindakan mendedahkan rakaman audio kononnya konspirasi jenayah tertinggi membabitkan perbualan tujuh individu termasuk bekas Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Noraini berkata, tindakan itu telah mencalar imej SPRM yang penuh berintegriti dan dihormati sebelum ini.
Apakah soalnya, tidak ada individu yang bertauliah bagi menasihati ketua mereka yang jelas telah dipengaruhi oleh kuasa politik?
“Harus diingat SPRM adalah satu badan berkecuali dan tidak sepatutnya ada campur tangan politik yang akhirnya mengundang rasa tidak percaya rakyat kepada badan ini.
“Kita sarankan Latheefa mengkaji dan memahami Akta SPRM sebelum membuat sesuatu perkara yang akan menyebabkan badan berkecuali itu dikecam oleh rakyat,” katanya. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan