Salahuddin -Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI
Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, keputusan sebulat suara dibuat dalam mesyuarat diadakan selepas proses pemilihan parti Jumaat lalu, turut dibuat bersandarkan konsep Rahmatan Lil Alamin yang diperjuangkan parti.
"Jangan sangka Mohamad Sabu yang dapat undi nombor tujuh tertinggi sewaktu pemilihan tidak terasa hati kerana dia manusia dan bukan plastik.
"Bahkan dalam mesyuarat diadakan antara 27 ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah baharu, dia tawar diri untuk serah jawatan.
"Tetapi YB Khalid (Abdul Samad) dan Datuk Mahfuz (Omar) cakap silakan jadi presiden dan hanya tempoh tidak sampai lima minit, kita buat keputusan kekalkan presiden dengan empat jawatan tertinggi lain," katanya sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan sempena Konvensyen Nasional Amanah 2019 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Kekal pemimpin lama elak perjuangan tersekat tengah jalan
Salahuddin yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, pengalaman dikongsikan sewaktu membuat pemilihan kepimpinan parti itu mungkin sekelumit contoh politik amalan matang bersandarkan konsep Rahmatan Lil Alamin diamalkan kepimpinan Amanah ketika ini.
Menurutnya, beliau mengakui mungkin model ini bukan yang terbaik tetapi beliau bersikap terbuka menerima mana-mana ideologi kepimpinan moden yang dianggap lebih baik daripada konsep Rahmatan Lil Alamin sekiranya ada.
"Dalam pemilihan saya akui ada yang cipta kumpulan peringkat awal, tetap selepas kemenangan kalau ada lagi yang berpisah...macam mana kita hendak tunjukkan pada parti lain yang kita kukuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan