HALAMAN SANTAI

Jumaat, 10 Januari 2020

PRK KIMANIS: Shafie Tuduh Tun Razak Dan Tun Ghafar Juga Gagal Berterusan Dikecam

Malaysia Kini 2.0 -



KIMANIS, SABAH – Kenyataan Presiden Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal yang menganggap Tun Abdul Razak dan Tun Ghafar Baba sebagai gagal ketika menjadi Menteri Luar Bandar adalah sangat keterlaluan dan tidak mengenang jasa.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dua negarawan tersebut pada hakikatnya mempunyai jasa yang cukup besar dalam pembangunan negara khususnya di kawasan luar bandar.

“Saya fikir eloklah mana-mana pandangan terhadap orang yang asaskan kementerian ini dan adakan pembangunan sesuai dengan zamannya agar tidak diungkit.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi…
“Hargailah jasa dan sumbangannya, beliau (Tun Razak) telah melakukan yang sesuai ketika menjadi menteri (Luar Bandar). Jangan jadikan perkara ini semata-mata untuk mencapai matlamat dan tujuan politik,” katanya ketika ditemui selepas program Ceramah Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis di Bongawan di sini, semalam.

Shafie Apdal ketika berucap pada Majlis Sambutan Krismas dan Tahun Baharu 2020 di Kampung Pos, Bongawan Estate dua hari yang lepas menyatakan kalau dia dituduh gagal sebagai ‘Menteri Kampung’, Tun Razak dan Tun Ghafar juga gagal sebab mereka berdua pun ‘Menteri Kampung’, Menteri Luar Bandar.

Bagi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, kenyataan Shafie itu hanya semata-mata bertujuan menutup kelemahannya ketika menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).
Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan…
“Kalau kegagalan Shafie disamakan dengan Tun Razak dan Tun Ghafar Baba, beliau kena ingat bahawa dua negarawan itu bukannya orang Sabah…
“Sebagai menteri yang menjaga Unit Perancang Ekonomi (EPU) sebelum ini, saya tahu peruntukkan untuk KKLW ketika dibawa Shafie adalah mencecah RM34 bilion.

“Bila Shafie datang ke Kimanis, pembangunan Kimanis terabai sedangkan beliau adalah menteri khusus yang dilantik untuk mewakili luar bandar.

“Tujuan Shafie dilantik adalah untuk melihat keunikkan dan kehendak rakyat Sabah, tetapi ternyata beliau gagal,” ujarnya.

Turut melahirkan rasa kesal dengan kenyataan Shafie itu adalah rakyat Sabah yang merasakan sumbangan Tun Razak dan Tun Ghafar Baba sepatutnya dihargai.

Bobby Balang, 29, berkata bahawa apa yang diperkatakan Shafie itu dengan mengungkit kisah lama adalah semata-mata untuk melemahka semangat orang Sabah.
Bobby Balang…
“Ini adalah propaganda negatif, namun saya percaya orang Sabah sudah matang…
“Sepatutnya kita kenang jasa negarawan dan berterima kasih kerana kepimpinan lalu telah mewujudkan Malaysia pada hari ini,” katanya.

Pengundi Kimanis, Dayangku Haslianah, 37, pula merasakan Shafie sepatutnya memohon maaf kepada keluarga negarawan berkenaan atas kenyataan yang dilakukan.
Dayangku Haslianah…
“Tidak perlu ungkit kerana orang sudah tiada. Mereka juga manusia biasa…
“Sepatutnya kita mengenang jasa dan merasa bangga dengan sumbangan mereka,” jelasnya.


Tiada ulasan: