
Bercakap kepada FMT, Pengarah North-South Initiative, Adrian Pereira berkata kos yang ditanggung pekerja yang mahu bekerja di Malaysia boleh dikurangkan sekiranya hanya kementerian itu bertanggungjawab ke atas semua kelulusan.
Pada masa ini, syarikat yang mahu mengambil pekerja asing bekerja harus memohon kepada kementerian itu, tetapi kelulusan akhir di Kementerian Dalam Negeri.
Pereira berkata penglibatan 2 kementerian dalam prosedur itu merumitkan ketelusan.
“Akan berlaku urusan berganda, yang menambah kos,” katanya tanpa huraian.
Beliau menyeru penubuhan suatu pusat sehenti untuk pengambilan pekerja asing yang diselia Kementerian Sumber Manusia.
Baru-baru ini, kerajaan Bangladesh dilaporkan berkata ia tidak mahu hantar pekerja ke Malaysia sebelum sistem pengambilan pekerja yang telus dan berkos rendah diadakan.
Menteri Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan luar Negara, Imran Ahmad berkata pekerja Bangladesh dikenakan caj sehingga Tk 400,000 (RM19,448.24) untuk pekerjaan di Malaysia.
Kerajaan Malaysia menggantung pengambilan pekerja Bangladesh pada Sept 2018 sementara siasatan ke atas sistem yang digunakan untuk mengambil mereka.
Pegawai kerajaan kedua-dua negara mengadakan beberapa rundingan tahun lepas tetapi pasaran itu masih belum dibuka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan