HALAMAN SANTAI

Selasa, 31 Mac 2020

‘Hoi stupid idiots!’… maki polis di sekatan jalan raya wanita ditahan

Kumara Sabapatty
MGF31032020_SJR-PERSIARAN-SURIAN-KPD-PJ_28
Seorang wanita ditahan kerana ingkar arahan ketika sekatan jalan raya OPS Covid-19 di Persiaran Surian, Petaling Jaya. foto AFIQ RAZALI,  
 

PETALING JAYA – “Hoi stupid idiots, sekat jalan sampai jam teruk everywhere menyusahkan orang!”

Itu jeritan seorang wanita ke arah pasukan polis dan tentera yang sedang bertugas melakukan sekaran jalan raya Op Covid di Persiraran Surian bersempadan Kota Damansara-Damnsara pagi tadi.

Wartawan MalaysiaGazette yang berada di lokasi dari awal pagi turut melihat gelagat wanita berkenaan sejak terperangkap dalam kesesakan sehinggalah beliau tiba di perkarangan apartmennya.

Insiden mengejutkan itu berlaku kira-kira 9.30 pagi sebaik sahaja wanita itu tiba di rumahnya selepas terperangkap dalam kesesakan lalu lintas berikutan operasi besar-besar pasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya terhadap orang ramai yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Wanita yang tinggal apartmen terletak betul-betul bersebelahan sekatan jalan raya itu  menaiki kenderaan Proton X70 berwarna putih juga membunyikan hon kereta hampir setengah jam ketika cuba mencari jalan keluar dari kesesakan ke rumahnya.

Sebaik berjaya tiba di perkarangan kediamannya beliau memberhentikan kereta di hadapan pintu masuk apartmen sebelum menurunkan cermin pintu pemandu dan menjerit ” Hoi stupid idiots, sekat jalan sampai jam teruk menyusahkan orang”.

cin

Selepas 10 minit hilang dari pandangan, wanita itu muncul semula dan dilihat berjalan ke arah polis seperti memberi penjelasan serta rasa tidak puas hati terhadsap sekatan jalan raya yang didakwa menyusahkan beliau untuk membeli barang keperluan rumah.

Namun anggota polis yang bertugas meminta kad pengenalan beliau dan terus bertindak menahannya serta diarah duduk di bawah khemah yang disediakan untuk para petugas sekatan jalan raya.

Setengah jam kemudian beliau dibawa ke balai polis Damansara untuk tindakan siasatan selanjutnya di bawah Seksyen 7(1)  Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).  – MalaysiaGazette

Kematian Covid-19 bertambah 6 mangsa, lepasi 40 kes



PUTRAJAYA: Kes kematian Covid-19 bertambah 6 mangsa hari ini, menjadikan keseluruhan mangsa yang meninggal dunia berkaitan wabak koronavirus itu 43 orang sehingga kini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah juga memaklumkan sebanyak 140 kes jangkitan baru dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah mangsa 2,766 orang sehingga kini.

Sekarang ini, seramai 94 pesakit Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi.

“Daripada jumlah tersebut, 60 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media hari ini.

Dalam pada itu, seramai 58 mangsa jangkitan Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad hari ini, meningkatkan bilangan pesakit yang sembuh 537 orang sehingga kini.

Mengenai 6 kematian yang dilaporkan hari ini, Hisham berkata ia membabitkan 5 lelaki dan seorang wanita antara usia 40 tahun hingga 81 tahun.

* Kes kematian ke-38 (kes jangkitan ke-2269) merupakan perempuan tempatan berusia 48 tahun dengan latar belakang penyakit darah tinggi. Kontak kepada kes jangkitan ke-2750. Dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban pada 25 Mac. Meninggal dunia 30 Mac 4.40 petang.

* Kes kematian ke-39 (kes jangkitan ke-2627) merupakan lelaki tempatan berusia 69 tahun dengan latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Sejarah perjalanan ke Arab Saudi.
Meninggal dunia di rumah 27 Mac dan jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.

* Kes kematian ke-40 (kes jangkitan ke-2627) merupakan lelaki tempatan berusia 69 tahun dengan latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom, Kluang. Meninggal dunia 26 Mac 1.03 petang.

* Kes kematian ke-41 (kes jangkitan ke-1275) merupakan lelaki Indonesia berusia 40 tahun. Dirawat di Hospital Umum Sarawak, Kuching pada 20 Mac. Meninggal dunia 31 Mac 1.38 pagi.

* Kes kematian ke-42 (kes jangkitan ke-2628) merupakan lelaki tempatan berusia 81 tahun dengan latar belakang penyakit jantung. Dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Pantai Dalam pada 27 Mac. Meninggal dunia 31 Mac 7.09 pagi.

* Kes kematian ke-43 (kes jangkitan ke-2629) merupakan lelaki tempatan berusia 73 tahun dengan latar belakang penyakit kencing manis dan penyakit jantung. Dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada 29 Mac. Meninggal dunia 30 Mac 4.30 petang.

Hisham hari ini memaklumkan statistik menunjukkan terdapat 2 kumpulan umur yang paling tinggi kes positif Covid-19.

“2 kumpulan tersebut adalah dalam lingkungan 26 sehingga 30 tahun dan juga 56 sehingga 60 tahun,” katanya.

Kenapa lapor sekiranya duit haram, Syed Saddiq jawab spekulasi

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

PETALING JAYA: Wang hilang tidak akan dilaporkan kepada polis sekiranya benar duit itu haram, kata Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjawab spekulasi sekitar kejadian itu, susulan aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Menegaskan wang tersebut miliknya dan ibu bapa, Syed Saddiq menjelaskan sebahagian besar wang itu dikeluarkan bagi tujuan pengubahsuaian rumah milik mereka bersama.

“Selainnya untuk tujuan peribadi,” katanya dalam kenyataan hari ini, dan menambah jumlah wang yang hilang dalam kejadian itu adalah RM90,000 miliknya, RM50,000 milik ibunya, dan RM70,000 milik bapanya.

“Mereka juga telah membuat laporan polis,” tambahnya.
Bekas menteri belia dan sukan itu maklum akan laporan SPRM yang dibuat dan faham akan tugas badan anti-rasuah itu dalam menyiasat tuduhan dan laporan yang diterimanya.

“Saya akan berikan kerjasama penuh dalam membantu siasatan,” katanya.

Berkenaan spekulasi sekitar wang itu, pemimpin PPBM itu juga sudah mengarahkan pegawainya untuk membuat laporan polis dan bertindak terhadap cubaan mengaitkan kejadian itu dengan “duit haram” atau “wanita yang dikatakan bersama saya”.

“Ini fitnah untuk menjatuhkan reputasi saya dan keluarga,” katanya.

Semalam, Syed Saddiq mengesahkan laporan polis dibuat berhubung satu kecurian di rumahnya, dan menafikan ia wang PPBM.

SPRM hari ini memaklumkan ia menerima dan sedang menyiasat aduan berhubung pemilikan wang tunai “meragukan” dipercayai milik seorang bekas menteri.

Tindakan tegas ahli keluarga ‘sembunyi’ jemaah tabligh enggan buat saringan, kata menteri

(Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR: Tindakan tegas akan diambil terhadap ahli keluarga jemaah tabligh yang bertindak menyembunyikan maklumat mengenai ahli keluarga yang hadir ke himpunan tabligh pada awal Mac lalu.

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin berkata, tempoh menasihati baki jemaah tabligh yang masih enggan membuat ujian kesihatan sudah tamat, apabila perintah kawalan pergerakan (PKP) sudah masuk ke fasa ke-2.

“Sudah sampai masanya. Ini sudah minggu kedua, kali ini kita akan ambil tindakan tegas. Saya tidak mahu perkara ini saya luahkan, tetapi sudah sampai masanya. Hal ini kerana ribuan yang datang daripada kluster tabligh, sebab itu kita minta mereka keluar. Kita hendak mereka buat saringan sahaja.

“Kalau sesiapa tahu, contohnya dalam keluarga dia ada yang positif dan 5 orang yang pergi buat saringan, bila ditanya dari mana mereka dapat, dan didapati ada ahli keluarga kluster tabligh, kita akan ambil tindakan tegas,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Hamzah bagaimanapun enggan mendedahkan bentuk tindakan yang akan diambil terhadap ahli keluarga yang menyembunyikan maklumat penglibatan ahli keluarga mereka dalam ijtimak tabligh awal Mac lalu.

“Kita hanya akan beritahu apabila tindakan sudah diambil. Hari ini saya cuma berikan amaran, tetapi esok kita akan mula kuat kuasakan. Ini sudah masuk minggu ke-2, kita mahu putuskan rantaian wabak Covid-19 ini,” katanya.

Hamzah turut memaklumkan, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak menyebarkan berita dipercayai boleh mengugat ketenteraman awam berhubung Covid-19 ini.

“Wabak Covid-19 ini bukan kenal bangsa Melayu, Cina atau India, bahkan ia juga tidak mengenal agama.

“Daripada data yang kita ada, wabak ini menyerang tidak mengira pangkat, tidak kiralah pangkat besar atau kecil.

“Maka jangan ada yang buat berita boleh pecahkan perpaduan dalam negara. Jika ada lagi, kita akan ambil tindakan tegas. Apa yang boleh kita buat adalah dengan saling bekerjasama antara satu sama lain,” katanya.

Zikir, baca al-Quran dan solat awal waktu jadi amalan warga emas 109 tahun

Bernama
Zikir, baca al-Quran dan solat awal waktu jadi amalan warga emas 109 tahun
Warga emas Siti Mariam Jusoh, 109, (kanan) ditemani anaknya Saudah Jusoh, 72, (kiri) sewaktu membaca al-Quran ketika ditemui Bernama di Kampung Pasir Golok Ketereh hari ini. - Foto BERNAMA
 
 
KOTA BHARU: Sentiasa mengamalkan zikir, memelihara wuduk, membaca al-Quran dan menunaikan solat di awal waktu adalah antara amalan seorang wanita warga emas, Siti Mariam Jusoh, masih sihat walaupun kini usianya telah mencecah 109 tahun.

Siti Mariam yang menetap di Kampung Pasir Golok, Ketereh, berkata beliau bersyukur kerana dikurniakan Allah usia yang panjang dan masih boleh berjalan tetapi agak sukar kerana fizikalnya yang bongkok.
 
"Petua umur panjang yang menjadi amalan sejak muda ialah sentiasa berzikir sepanjang masa, duduk dalam wuduk dan terus solat apabila masuk waktu tanpa berlengah. Sebelum azan saya sudah berada di madrasah untuk solat jemaah lima waktu, tetapi sekarang hanya mampu solat di rumah kerana tidak larat untuk berjalan.

"Selepas solat, saya amalkan 1,000 zikir dan meratib, duduk di rumah selalu baca al-Quran, hafal 30 juzuk masa muda, tetapi buat masa ini hanya ingat surah Yasin," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
 
Kisah Siti Mariam tular di laman Facebook semalam apabila beliau mendapat perhatian Ketua Balai Polis Ketereh, Subinspektor Mat Shaari Mahmud yang teruja bertemu warga emas tertua di Ketereh berusia lebih 100 tahun dan masih sihat semasa menjalankan rondaan di kampung itu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung wabak COVID-19.

Menariknya, bukan hanya Siti Mariam sahaja yang berusia emas dan sihat tanpa sebarang penyakit, anak sulungnya Lijah Jusoh, 75, tinggal di kampung bersebelahan dan anak kedua atau bongsunya, Saudah Jusoh, 72, yang tinggal bersamanya turut mempunyai kesihatan yang baik.

Siti Mariam berkata sekiranya tidak sihat, beliau hanya mengalami demam biasa sahaja, cuma sekarang pendengaran dan penglihatannya sedikit terjejas.

"Orang zaman dulu suka makan ikan singgang, goreng kunyit, jarang benar makan ayam. Kalau ada ulam kami makan cicah budu dan ikan rebus atau bakar tawar.

"Tidur pun awal pukul 9 malam mulai mengantuk tetapi pukul 2 pagi sudah bangun buat kerja dapur sehinggalah masuk waktu subuh, manakala pagi hari dan petang, sapu sampah di keliling rumah," kata Saudah.

Menurut Saudah lagi, ibunya mempunyai lapan cucu dan 28 cicit, dahulu mengerjakan tanah padi dan getah semasa tinggal di Setiu, Terengganu, namun apabila arwah bapanya meninggal dunia lebih 20 tahun lalu, Siti Mariam pulang ke Kampung Pasir Golok dan diberikan Rumah PPRT.

Sementara itu, Mat Shaari berkata pihaknya sentiasa menjalankan rondaan di 66 kampung di kawasan Ketereh sejak PKP dikuatkuasakan 18 Mac lalu.

"Kami mendapati masih ramai warga emas berusia hampir 100 tahun yang ada di kampung-kampung di sekitar Ketereh dan kami mendekati mereka yang sangat mesra dengan polis," katanya. -- BERNAMA 
 
 

Hilang deria bau, rasa mungkin gejala COVID-19 - Pakar

agensi
Hilang deria bau, rasa mungkin gejala COVID-19 - Pakar
 
Daripada 3,200 pesakit di Daegu, Korea Selatan yang melalui satu kaji selidik, 490 individu mengalami gejala hilang deria bau dan rasa.
 
JIKA anda kehilangan deria rasa dan bau biarpun tidak sakit, mungkin anda perlu berjaga-jaga.

Awal minggu ini, Hanshin Tigers, sebuah kelab besbol profesional di Jepun, memaklumkan tiga pemainnya diuji positif COVID-19, dengan salah seorang daripada mereka mengadu hilang kemampuan menghidu dan merasa.
 
Di Amerika Syarikat, Rudy Gobert, pemain bola keranjang pasukan Utah Jazz juga memaklumkan menerusi Twitter bahawa kehilangan deria bau dan rasa merupakan salah satu gejala, kerana dia sendiri mengalaminya sebelum disahkan positif virus berkenaan.

Sebuah persatuan perubatan di Daegu, Korea Selatan, yang merupakan antara lokasi dengan kes COVID-19 paling tinggi di negara itu, menyatakan daripada 3,200 pesakit yang melalui satu kaji selidik, 490 individu mengalami gejala yang sama.
 
Norio Sugaya, pakar penyakit berjangkit di Hospital Keiyu di Yokohama, Jepun, menegaskan terdapat beberapa kes di mana pesakit mengadu hilang deria rasa dan bau, yang boleh juga dialami jika pesakit dijangkiti virus lain yang menyebabkan selesema.

"Mungkin virus itu melekat pada membran mukus hidung dan menghalang fungsi saraf bau," kata Sugaya sambil menambah perkara itu perlu dianalisa dengan teliti.

"Jika pesakit mengadu hilang deria bau atau rasa walaupun mereka tidak mempunyai gejala selesema, doktor mungkin perlu bertanya lebih banyak soalan kepada mereka," kata ketua pusat otorhinolaryngology di Osaka, Yuji Toyama.

Setakat ini, gejala COVID-19 yang biasa dialami dan kerap dilaporkan ialah demam, batuk (dry cough) dan sakit tekak. 
 
 

PKP: Cadangan pelaksanaan sistem penggiliran nombor plat di Terengganu ditangguh

Nur Fazlizai Ali, Astro Awani
PKP: Cadangan pelaksanaan sistem penggiliran nombor plat di Terengganu ditangguh
Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata penangguhan itu dilakukan bagi membolehkan kajian lebih lanjut dijalankan. - Gambar fail/BERNAMA
 
 
KUALA LUMPUR: Polis Terengganu menangguhkan pelaksanaan sistem penggiliran mengikut nombor pendaftaran kenderaan di atas jalan raya menerusi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa II yang dicadangkan bermula Rabu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata penangguhan itu dilakukan bagi membolehkan kajian lebih lanjut dijalankan.

“Perancangan kita untuk melaksanakan giliran nombor plat pada esok, 1 April terpaksa ditangguhkan kerana memerlukan kajian impak yang lebih terperinci.

“Sebab banyak komen yang kita terima, ada yang baik ada yang tidak menyenangkan. Justeru saya dengan ini mengesahkan bahawa pelaksanaan penggiliran nombor plat kenderaan pagi esok terpaksa kita tangguhkan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.
 
BACA: PKP: Terengganu laksana sistem penggiliran buat kenderaan bermula esok

Terdahulu Polis Terengganu dalam satu kenyataan memaklumkan akan memperketatkan lagi pergerakan kenderaan di atas jalan raya dengan melakukan sistem penggiliran berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan. 
 
Langkah yang dilaksanakan itu bagi mengurangkan 50 peratus jumlah kenderaan di atas jalan raya termasuk motosikal. 
 
 

Panduan memohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

HARAKAHDAILY

Hati-hati dengan scammer


MERUJUK kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020, Kementerian Kewangan ingin menjelaskan mengenai pelaksanaan dan cara mengakses Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang telah diperuntukkan sebanyak RM10 bilion bagi golongan rakyat yang layak.

Pembayaran BPN akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020, mengikut kelayakan berikut:

Kriteria Kelayakan
Bagi mereka yang belum berdaftar, permohonan baharu boleh dibuat mulai 1 April 2020 menerusi laman web rasmi LHDNM: http://www.hasil.gov.my.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon atau saluran-saluran berikut:
Kementerian mengingatkan orang awam juga agar berhati-hati dengan scammers yang semakin berani mengambil peluang menipu orang awam yang memerlukan bantuan Pakej PRIHATIN ini.

 Penerima disarankan merujuk kepada sumber-sumber rasmi dan jangan memberikan maklumat kepada mana-mana pihak ketiga.

Kementerian ingin berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana telah berkongsi pandangan, teguran dan cadangan mengenai Pakej PRIHATIN menggunakan pelbagai saluran. Kementerian melalui Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA), bersedia memastikan bantuan Pakej PRIHATIN disampaikan dengan efisien dan cepat.

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
Putrajaya


Soalan lazim (FAQ) mengenai Bantuan Prihatin Nasional 2020 bagi golongan B40 dan M40
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat

(1) Apakah Bantuan Prihatin Nasional?

Bantuan Prihatin Nasional adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40.

Pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup.

Manakala Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

(2) Siapakah yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 dan M40?

Kategori yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah seperti berikut:

(a) Isi rumah
(i) Kahwin; atau
(ii) Ibu atau bapa tunggal atau balu atau janda atau duda yang ada melaporkan maklumat anak pada permohonan BSH 2020; dan
(iii) Pendapatan isi rumah adalah RM4,000 dan ke bawah

(b) Bujang
(i) Bujang atau ibu atau bapa tunggal atau balu atau janda atau duda yang tidak melaporkan maklumat anak pada permohonan BSH 2020; dan
(ii) Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas); dan
(iii) Pendapatan bujang adalah RM2,000 dan ke bawah.

Kategori yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional M40 pembayar cukai yang berdaftar dengan LHDNM yang berstatus adalah seperti berikut:

(a) Isi Rumah
(i) Kahwin; atau
(ii) Ibu atau bapa tunggal atau balu atau janda atau duda berdasarkan data percukaian; dan
(iii) Pendapatan agregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini.

(b) Bujang
(i) Individu yang berstatus bujang dalam data percukaian; dan
(ii) Had umur adalah 21 tahun dan ke atas; dan
(iii Pendapatan bulanan adalah RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).

(c) Pembayar cukai yang merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.

(3) Berapakah bayaran Bantuan Prihatin Nasional yang akan diterima bagi golongan B40 dan M40?

Jumlah bayaran yang akan diterima adalah secara one-off seperti berikut:
(4) Bilakah tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 dan M40 boleh dibuat?

Tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 dan M40 akan dibuat pada bulan April dan Mei 2020.

(5) Bagaimanakah kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 dan M40 ini dilaksanakan?

Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah seperti berikut:

Pembayaran sekiranya:
(1) Ada maklumat akaun – bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau
(2) Jika status bayaran adalah gagal kredit – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional
(3) Tiada akaun – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)

Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional M40 adalah seperti berikut:
(1) Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini yang telah dikemukakan.
(2) Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah.
(3) Jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.

(6) Bagaimana jika akaun bank yang didaftarkan adalah tidak aktif atau tutup?
Bagi Bantuan Prihatin Nasional B40:

Sekiranya status pengkreditan adalah gagal kredit, pembayaran akan dibuat secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional.

Bagi Bantuan Prihatin Nasional M40:

Pemohon boleh mengemas kini maklumat akaun bank melalui aplikasi e-Kemaskini (https://ez.hasil.gov.my/ci/ > e-Kemaskini > Profil Diri) untuk memastikan maklumat akaun bank adalah terkini dan aktif. Pastikan akaun bank adalah atas nama penerima.

(7) Bila dan bagaimana semakan status penerimaan Bantuan Prihatin Nasional B40 dan M40 boleh dibuat?

Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 dan M40 boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020. Pangkalan data BPN adalah berdasarkan:

(1) Untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan, dan
(2) Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN yang ditetapkan.

Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi berikut:
(1) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my
(2) Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my
(3) Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my

(8) Adakah permohonan baru boleh dibuat sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima Bantuan Prihatin Nasional B40 dan M40?

Ya. Jika memenuhi kriteria tetapi tidak tersenarai, permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional untuk B40 dan M40 boleh dibuat mulai 1 April 2020 secara dalam talian di Portal Rasmi berikut sahaja:
(1) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my
(2) Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my
(3) Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my

(9) Apakah dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional?

Selain daripada mengisi borang atas talian, pemohon boleh mengemukakan bukti pendapatan. Kesemua permohonan akan disemak berdasarkan data agensi yang telah ditetapkan.

(10) Bilakah bayaran bagi mereka yang membuat permohonan Bantuan Prihatin Nasional akan dilakukan?

Sekiranya permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional diluluskan, bayaran akan dibuat pada bulan Mei 2020 secara sekali gus.

(11) Jika pemohon Bujang berstatus Pelajar Sepenuh Masa, adakah layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 dan M40?

Tidak. Pemohon Bujang yang berstatus pelajar sepenuh masa adalah tidak layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 dan M40.

(12) Adakah penerima Bantuan Prihatin Nasional B40 dan M40 yang berada di pedalaman negeri Sabah dan Sarawak akan menerima bayaran pada April 2020?

Tidak. Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 bagi penerima Pedalaman di Negeri Sabah dan Sarawak akan dibuat secara sekali gus bersekali dengan bayaran Bantuan Sara Hidup 2020.

(13) Bagaimanakah kaedah pembayaran Bantuan Prihatin Nasional bagi penerima pedalaman di Negeri Sabah dan Sarawak dilaksanakan?

Kaedah pembayaran akan dilaksanakan melalui pembukaan kaunter di kawasan pedalaman Negeri Sabah dan Sarawak yang akan diselaraskan oleh Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Sarawak melalui Kementerian Kewangan Malaysia. Lokasi dan tarikh akan dimaklumkan kemudian. – HARAKAHDAILY

Zahid cadang tiga penambahbaik lancar bantuan Pakej Prihatin

Manzaidi Mohd Amin
MGF29022020_Istana-Negara_06-1
Ahmad Zahid Hamidi 
 

KUALA LUMPUR – Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah solusi terbaik merungkaikan kesusahan rakyat.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pakej Prihatin itu bertujuan membantu meringankan bebanan rakyat berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan pandemik Covid-19.

“Saat rakyat sedang bergelut dengan kesusahan dan kesukaran, keutamaan kerajaan adalah mencari solusi terbaik bagi merungkaikan kesukaran tersebut.

“Pengumuman Pakej Prihatin RM250 bilion ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan rakyat berikutan PKP dan PKPD yang dikuatkuasakan bagi membendung penularan wabak Covid-19,” katanya menerusi laman Facebook beliau hari ini.

Ahmad Zahid berkata, menjadi tanggungjawab kepada rakan di pihak pembangkang memberikan kerjasama dan dokongan kepada kerajaan bagi membendung penularan pandemik Covid-19.

Beliau berharap, rakan Pakatan Harapan (PH) tidak mempolitikkan setiap usaha yang dilakukan kerajaan.

Beliau bagaimanapun berkata, bagi memastikan Pakej Prihatin itu mencapai objektifnya, ada beberapa penambahbaikan perlu menjadi pertimbangan kerajaan.

“Antaranya, kaedah dan mekanisme agihan serta penyaluran bantuan setiap kementerian dan agensi terlibat perlu jelas dan terperinci bagi memudahkan rakyat berurusan.

“Database yang dimiliki oleh kerajaan berkaitan dengan penerima yang layak dan kategorinya perlu dipastikan benar-benar tepat dan terkini memandangkan jumlah penerima pada kali ini amat besar berbanding pernah dilaksanakan kerajaan sebelum ini menerusi pemberian BRIM dan BSH.

“Mengurangkan rintangan birokrasi ketika permohonan agar segenap lapisan rakyat dapat menerima bantuan yang disalurkan kerajaan tanpa perlu dibebankan dengan rintangan birokrasi yang menyusahkan mereka,” katanya.

Ahmad Zahid juga berharap rakyat tenang dan tabah menghadapi dugaan itu dengan sama-sama berdoa semoga pandemik Covid-19 berakhir dengan segera. – MalaysiaGazette

Tunku Azizah doakan 16 kakitangan istana positif Covid-19 cepat sembuh

Wartawan MalaysiaGazette
MGF29012019_SULTAN-PAHANG_12
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

KUALA LUMPUR – Seramai 16 orang kakitangan Istana Negara disahkan positif Covid-19.
Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkongsikan keadaan itu bertitah, kesemua kakitangan itu sedang menerima rawatan.

Tunku Azizah memaklumkan baginda dan keluarganya telah membuat beberapa ujian saringan dan disahkan negatif tetapi perlu mengkuarantinkan diri masing-masing seperti arahan doktor.

”…saya sekeluarga duduk berasingan dalam bilik masing-masing ….. lambai dari jauh saja ….. kami tidak dibenarkan visitors (pelawat) dan juga tidak ada sesiapa dibenarkan naik ke atas istana ….

”…tidak ada pelayan atau bodyguard …. tuanku agong , saya dan anak buat sendiri semua …. cuci dan kemas bilik sendiri ….. kerana kami semua high risk (berisiko tinggi) because we were with those yang positive (kerana berada dalam kalangan yang positif) …. ,” maklum baginda menerusi akaun Instagram.

Menurut baginda lagi, tempoh kuarantinnya berakhir 9 April ini.

Sepanjang tempoh dikuarantinkan, Tunku Azizah berkata, mereka sekeluarga bertadarus sesama sendiri.

Sambil mendoakan kakitangan istana dan rakyat Malaysia cepat sembuh daripada jangkitan koronavirus itu.

Malah, baginda turut menitipkan nasihat kepada semua rakyat agar bekerjasama menghapuskan wabak ini dengan duduk di rumah.

”… duduk di rumah … jangan keluar dan JANGAN DEGIL …. ini tanggungjawab kita semua …. walaupun kita serah kepada Allah SWT, kita juga dituntut berikhtiar …,” titah baginda.

Pada 26 Mac lalu, Istana Negara memaklumkan seramai tujuh kakitangannya positif Covid-19 dan telah menerima rawatan.- MalaysiaGazette
*7 petugas Istana Negara positif Covid-19

Sabun mandi lebih baik daripada cecair pembasmi kuman

Mohammad Arif Nizam
A722132D-A835-484E-81D9-D422CA31145F
Prof Dr Yang Farina Abdul Aziz
 

KUALA LUMPUR – Cecair pembasmi kuman atau hand sanitizer kini mendapat permintaan yang luar biasa dalam kalangan masyarakat bagi memenuhi keperluan dan membantu mengurangkan risiko penularan wabak Covid-19.

Bukan sahaja stok produk itu habis di farmasi sahaja malah jualan di laman sosial seperti Facebook juga mendapat sambutan yang cukup hangat.

Malah pelbagai jenama cecair pembasmi kuman itu muncul secara tiba-tiba yang entah datang daripada mana pengeluarannya.

Bagi Profesor Jabatan Sains Kimia, Fakulti Sains & Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Yang Farina Abdul Aziz berkata, secara saintifik sabun mandi sudah memadai keberkesanannya untuk digunakan ketika membasuh tangan.

Beliau yang juga Ahli Lembaga Institut Kimia Malaysia turut menasihati orang ramai menggunakan sabun mandi kerana harga produk itu yang lebih murah.

“Tetapi yang paling penting, kita jangan berebut dan jangan jadi hamba sanitizer kerana orang yang lebih memerlukan adalah seperti wira-wira kita yang berada di hospital.

“Mereka yang berdepan dengan pesakit wabak Covid-19 dan jangan sampai hospital tiada bekalan sebab kita buat pembelian panik,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette di sini hari ini.
IMG-3065
Cecair pembasmi kuman yang dihasilkan oleh USIM.
Mengulas lanjut, Yang Farina yang memiliki kepakaran dalam bidang kimia tidak organik menambah, cecair pembasmi kuman kebiasaannya memiliki kandungan alkohol sama ada 60 peratus etanol atau 70 peratus isopropanol.

Selain alkohol jelas beliau, terdapat juga bahan lain seperti air, gel aloevera dan pewangi dalam produk itu.

Tambah beliau, sabun mandi pula memiliki surfactant yang diperoleh daripada tindak balas minyak atau lemak dengan bes seperti natrium hidroksida atau kalium hidroksida.

“Sabun berasaskan natrium bersifat keras dan digunakan untuk membasuh kain manakala sabun kalium bersifat lembut dan digunakan untuk mandi.

“Dalam cecair pembasmi kuman pula, etanol sebagai contoh selalunya terdapat sebanyak 60 peratus dan 40 peratus air atau gel dan sedikit pewangi manakala dalam sabun terdapat surfaktan dan pelembut serta pewangi.

“Untuk cecair pembasmi kuman perlu ada 60 peratus etanol atau 70 peratus isopropanol manakala sabun mandi biasa sudah berkesan untuk menyahaktifkan virus Covid-19,” katanya.

Yang Farina turut menyarankan masyarakat mengekalkan budaya membersihkan diri secara berterusan terutama kerap membasuhkan tangan sebagai cara hidup selepas wabak pandemik itu telah berakhir pada masa akan datang. – MalaysiaGazette

Kampung Baru ‘dicuci’ dengan cecair nyah kuman

Shawaliah Hadir
kampung-baru-1
Beberapa anggota DBKL sedang menyediakan bahan-bahan 
untuk melaksanakan proses disinfeksi di Kampung Baru hari ini.
 
KUALA LUMPUR – Kawasan di sekitar ibu negara terus dibersihkan menerusi proses disinfeksi bagi membendung penularan wabak Covid-19. 

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Alam Fora yang membabitkan SWCorp hari ini  bekerjasama melakukan semburan nyah kuman di Kampung Baru. 

Operasi yang bermula pada 9 pagi melibatkan melibatkan kira-kira 150 petugas turut disertai Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa. 

Dron turut digunakan untuk menyembur cecair nyah kuman.

Operasi disinfeksi ini telah bermula sejak Sabtu yang lalu dengan memfokuskan tempat tumpuan awam di Kuala Lumpur. -MalaysiaGazette


Covid-19: Cara jualan di bazar Ramadan perlu diubah – Annuar

Shawaliah Hadir
MGF20032020_PC-ANNUAR-MUSA09
Tan Sri Annuar Musa. foto HAZROL ZAINAL
 

KUALA LUMPUR – Meskipun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat sebelum bulan Ramadan, bazar menjual makanan tidak boleh dilaksanakan seperti kelazimannya. 

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Anuar Musa berkata, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan termasuk cara melaksanakannya.

Katanya, dalam masa sama cara penjualan juga perlu diubah bagi mengekalkan aspek kebersihan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam memastikan Covid-19 dapat dibendung.

“Kena fikir semua perkara jangan terburu-buru, kita masih ada masa lagi. Tetapi bazar Ramadan yang dalam bentuk lazim yang kita tahu itu memang tidak boleh dilaksanakan.

“Kalau nak buat juga bagaimana nak kekalkan, memenuhi permintaan tanpa melanggari kaedah-kaedah kawalan kesihatan.  

“Saya percaya walaupun setelah tamat PKP amalan-amalan baik dari sudut keselamatan dan kesihatan hendaklah menjadi cara hidup bagi warga kota,” katanya selepas menyaksikan Proses Sanitasi Awam C19 di Kampung Baru.

Ia melibatkan semburan cecair nyah kuman di kawasan tersebut dengan menggunakan dron.

Sementara itu, Annuar memberi tempoh kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengkaji dan menilai keperluan untuk melaksanakan bazar Ramadan.

“Saya beri masa sikit lagi untuk DBKL membuat kajian antara keperluan dari sudut permintaan beserta dengan perlunya mengamalkan kaedah-kaedah yang diperakukan oleh KKM, jangan ambil tindakan kerana orang lain buat jadi kita buat.

“Keperluan di bandaraya berbeza, misalnya di bandaraya banyak yang bekerja, mereka masih sangat bergantung kepada makanan yang sedia ada untuk dibeli,” tambahnya. 

Dalam pada itu, Annuar berpendapat operasi pasar raya perlu dikaji semula khususnya cara pelanggan memilih barang mentah termasuklah jumlah pelanggan yang perlu dikurangkan agar tidak terlalu ramai berada dalam satu premis dalam satu satu masa.

“Dalam konteks itu dan juga beberapa amalan lain dalam kita menguruskan pasar raya-pasar raya kita, pasar terbuka.

“Kita kena elak terlalu ramai, kita kena elak penjualan tanpa sistem sebagai contoh kalau jual sayur atau ikan pelanggan datang pilih dengan pegang sana, pegang sini pilih, pegang tak jadi ambil itu cara kita,” ujarnya.

Menurut Annur, di negara maju barang mentah yang dijual di pasara raya sudah bungkus dan pelanggan hanya ambil apa yang mereka mahu.

“Itu satu contoh kecil yang patut diterapkan di dalam cara kita di bandar,” katanya.

“Jadi aspek kebersihan sentiasa menjadi perkara utama sekali jadi saya harap dengan apa yang kita lalui sekarang segera tamat tetapi gaya hidup yang mengutamakan kesihatan itu dapat kita teruskan,” katanya. – MalaysiaGazette


Pelanggan Makcik Kiah juga perlu dibantu

ULASAN | Adakah pakej rangsangan prihatin ekonomi yang diumumkan Jumaat lalu dapat menolong Makcik Kiah? Pakej ini cukup 'prihatin’ jika negara menghadapi krisis kecil, tetapi ia tidak mencukupi untuk mengharungi krisis yang terburuk dalam sejarah yang melanda hampir semua negara.

Bahasa mudahnya begini - matlamat utama suatu pakej rangsangan adalah untuk memastikan golongan yang terkesan seperti Makcik Kiah mempunyai pendapatan sepanjang tempoh kawalan, dan seterusnya memastikan Makcik Kiah masih ada pelanggan selepas tempoh kawalan selesai.

Untuk memastikan beliau masih ada pelanggan, pekerja mesti ada pendapatan untuk berbelanja di kedai beliau. Maka apa yang perlu dibuat? Pekerjaan juga harus dipertahankan kerana tanpa pekerjaan, bagaimana mereka hendak berbelanja? Di sini strategi pakej rangsangan ekonomi seakan lemah.

Harus diingat bahawa ekonomi negara berkembang apabila rakyat berbelanja, malah ia antara pacuan utama ekonomi kita, selain daripada pelaburan sektor swasta. Jika rakyat tak berbelanja, ekonomi akan merudum.

Ini bukanlah artikel cercaan atau mengkritik semberono, ini adalah artikel cadangan dan penambahbaikan. Tidak dinafikan beberapa inisiatif yang diumumkan banyak yang baik, tetapi ia harus fokus untuk membantu mereka yang hilang pekerjaan dan peniaga seperti Makcik Kiah serta pelanggan beliau.

Ada yang berkata pakej rangsangan ini lebih mirip seperti belanjawan menghadapi pilihan raya. Kita memerlukan pakej yang lebih substantif. Ada juga yang berkata kita harus bersyukur dengan apa yang kerajaan berikan, namun kerajaan wajib membantu rakyat sebaik mungkin, itu tanggungjawab terhadap rakyat. Bantuan yang lebih besar boleh diberikan. Makcik Kiah boleh dibantu dengan lebih baik lagi.

Maka sepatutnya keutamaan kerajaan bukan hanya membantu mereka seperti Makcik Kiah, tetapi juga untuk menjamin supaya pelanggan makcik Kiah, yang secara statistiknya pekerja dalam syarikat mikro, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terus bertahan dan tidak dibuang kerja. Bantuan kepada PKS sepatutnya juga fokus utama kita, agar PKS yang menjana hampir tujuh daripada sepuluh pekerja di Malaysia dapat bernafas. Mereka ini pembeli, jika mereka tiada pendapatan, Makcik Kiah pun akan tutup kedai.

Jika PKS gagal, ramai menganggur, dan tiada siapa akan beli pisang goreng Makcik Kiah. Bantuan subsidi upah RM600 setiap pekerja selama tiga bulan untuk membantu PKS tidak membuang pekerja amatlah kecil. Ia tidak akan membantu PKS. Ramai akan hilang pekerjaan.
Bantuan yang lebih harus diberikan. Jika dilihat pada pecahan suntikan fiskal, kerajaan Malaysia berbelanja RM6 bilion untuk subsidi gaji daripada jumlah RM22 bilion yang diperuntukkan, atau hanya sekitar 27 peratus.

Ini adalah jauh lebih rendah daripada negara lain seperti New Zealand (42 peratus), Korea Selatan (35 peratus), dan Kanada (35 peratus). Jiran kita, Singapura memperuntukkan subsidi gaji sebanyak 81 pertus daripada keseluruhan suntikan fiskal mereka, ataupun empat kali ganda lebih tinggi daripada Malaysia. Mereka sedar jika PKS gagal, keadaan akan jadi lebih teruk.

Strategi kerajaan untuk PKS lebih mengutamakan aspek jaminan dan moratorium pinjaman. Tiada PKS yang akan mengambil pinjaman jika tiada jaminan ada pendapatan di masa yang terdekat. Dengan apa mereka akan membayar balik duit pinjaman itu?

Bantuan suntikan fiskal umpama memberi ‘plaster’ untuk sakit yang tenat. Sakit tak hilang, duit pun habis.




Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamad berkata pakej ekonomi adalah antara yang terbesar di dunia dan lebih tinggi dari Singapura dan England. Ini tidak tepat. Jika dibandingkan jumlah suntikan fiskal sebenar (RM22 bilion) dengan saiz ekonomi, ia jauh lebih rendah daripada negara yang disebut oleh pak menteri.

Peratusan sebenar suntikan fiskal kita hanyalah sebanyak 1.4 peratus daripada saiz ekonomi, bukan 17 peratus seperti yang diuar-uarkan. Singapura menyuntik lebihi dua kali ganda daripada Malaysia, pada kadar 3.4 peratus, England dan Belanda pula pada kadar 2 peratus.

Dari segi bantuan tunai, semua orang mendapat sesuatu, dan tidak disasarkan hanya kepada mereka yang terjejas, terutamanya pekerja sendiri, tetapi diberikan kepada semua golongan B40 atau M40.

Jika bantuan disasarkan, mereka yang terjejas seperti nelayan, pekebun kecil, pengusaha chalet, penarik beca, peniaga pasar malam, atau pasar tamu akan mendapat bantuan yang lebih tinggi, dan tidak hanya RM1,600 kepada setiap ketua keluarga golongan B40 (bukan semua ahli keluarga akan dapat RM1,600), dan RM,1000 kepada keluarga golongan M40.

Malah bantuan yang diberikan kepada golongan B40 dan M40 ini sebaiknya mengambil kira jumlah isi rumah. Jika tidak, keluarga Makcik Kiah anak satu mendapat bantuan prihatin yang sama dengan keluarga Makcik Limah anak empat.

Bantuan yang diberikan adalah sekali sahaja (one-off), sehingga bulan Mei, jauh sekali dengan jangkaan bahawa krisis ini akan berlarutan. Apa akan jadi kepada golongan susah dan peniaga seperti Makcik Kiah selepas bulan Mei?

Kerajaan sebenarnya mampu berbelanja lebih daripada apa yang diumumkan. Fokus adalah kepada mereka yang susah, terutama yang hilang pekerjaan, bekerja sendiri, dan juga majikan (khususnya PKS). Cadangan haruslah lebih lestari (sustainable) dan memberi lebih faedah kepada golongan sasar di kalangan B40 dan M40.
Berikut adalah beberapa cadangan penambahbaikan:
  • Kepada yang bekerja dan mereka yang hilang mata pencarian seperti nelayan, jurujual, penjaja, dan pekerja sektor pelancongan, bantuan tunai sebanyak RM1,000 setiap bulan diberikan selama enam bulan. Ini lebih tinggi daripada bantuan RM1,600 dan RM1,000 one-off untuk hanya ketua isi keluarga B40 dan M40. 
Bantuan ini akan memastikan sekurang-kurangnya ada bantuan tunai untuk kelangsungan hidup.
  • Bagi menolong majikan PKS mengurangkan kos operasi, dan untuk tidak membuang pekerja, subsidi gaji yang lebih tinggi boleh diberikan.
Setiap majikan yang mempunyai pekerja yang bergaji kurang dari RM5,000 sebulan, akan diberi bantuan tunai sekurang-kurangnya RM1,000 bagi setiap pekerja setiap bulan selama enam bulan. Ini bersamaan dengan hampir 50 peratus gaji penengah rakyat Malaysia.
  • Kita perlukan penekanan yang lebih strategik untuk memastikan bekalan makanan mencukupi dan rantaian bekalan makanan dapat dipulihkan. Kalau barang makanan pun tiada, dengan apa makcik kiah mahu meniaga?
Peruntukan RM1 bilion untuk bekalan makanan sebenarnya adalah yang diumumkan oleh Dr Mahathir Mohamad bulan lepas. Kita perlu memberi lebih penekanan memandangkan keadaan semakin buruk, dan negara-negara mula mengharamkan eksport makanan (contohnya Vietnam melarang eksport beras berkuatkusa empat hari lalu).

Jika harga barang makanan naik, yang terkesan dahulu adalah golongan B40. Ini harus dielakkan.

Tidak dapat dinafikan bahawa ia akan menaikkan defisit fiskal ke paras sedikit tinggi berbanding ketika negara menghadapi krisis ekonomi pada tahun 2009, lebih kurang 8 peratus. Negara pernah mengalami defisit hampir 16 peratus, usahlah risau jika defisit naik.

Untuk perbandingan, Singapura berbelanja lebih besar dan menggunakan ‘reserve’ mereka untuk membantu rakyat, dan kadar defisit fiskal mereka naik hampir 8 peratus tahun ini, berbanding lebihan (surplus) dua tahun lepas.

Janganlah taksub sangat untuk memastikan defisit fiskal rendah, dan terlalu akur dengan agensi penarafan antarabangsa. Kita tak harus kedekut untuk menyelamatkan nyawa dan kehidupan rakyat.

Ada teknokrat menyorak gembira apabila defisit fiskal masih di bawah paras lima peratus. Amat menyedihkan apabila defisit lagi penting daripada memastikan rakyat terutama golongan B40 sihat dan ada makan dan minum, dan peniaga boleh bernafas dan pekerja tidak menganggur.

Tanpa pembeli dan pengguna, ekonomi tidak akan berkembang. Tiada guna defisit kecil tetapi ramai rakyat kita menjadi penganggur.

Diharapkan pakej ini dapat diperhalusi lagi sejajar dengan konsep kerajaan yang prihatin.


MUHAMMED ABDUL KHALID merupakan pakar ekonomi dan penulis buku The Colour of Inequality: Ethnicity, Class, Income and Wealth in Malaysia.

COVID-19: Menara One City lokasi ketiga diarah PKPD

tyrazalhe

 

3,200 penghuni tidak dibenarkan keluar mulai esok hingga 13 April

BANGI – Kerajaan memutuskan untuk melaksana arahan ketiga Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ke atas Menara City One, Kuala Lumpur susulan terdapat 17 kes positif COVID-19.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perintah yang berkuatkuasa mulai 31 Mac hingga 13 April itu membabitkan 3,200 orang penghuni di 502 unit kondominium dan premis perniagaan di menara berkenaan.

Beliau berkata, tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan COVID-19 daripada menular keluar, sekali gus akan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari unit ke unit sepanjang tempoh 14 hari.

“Dengan pelaksanaan perintah ini, semua penghuni tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

“Bukan penghuni dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ismail Sabri berkata, semua aktiviti perniagaan juga dihentikan kecuali premis barangan keperluan dan penghuni boleh membuat pesanan makan yang boleh dihantar di lobi keselamatan pintu utama menara.

“Pangkalan Perubatan akan dibuka di kawasan PKPD. Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.

“Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengawal seluruh kawasan,” katanya.

Bagi pelaksanaan perintah itu, Ismail Sabri meminta semua penghuni bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas daripada KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.

“Penghuni yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubung talian khas 03-26943243/ 03-40267222 atau 013-3295141,” katanya.


91 pesakit Covid-19 sembuh dan discaj, jumlah terbesar setakat ini

Nizam Zain
Orang ramai beratur untuk memasuki sebuah pasar raya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tesco Extra Ampang, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK
 

PUTRAJAYA – Sebanyak 91 pesakit positif Covid-19 telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital hari ini.

Jumlah tersebut adalah yang terbesar setakat ini menjadikan 479 orang telah pulih daripada pandemik itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media di Kementerian Kesihatan yakin jumlah tersebut menunjukkan Malaysia mampu membendung penularan virus Covid-19 jika masing-masing mematuhi arahan kerajaan.

Katanya, paling penting sekarang ini adalah pematuhan penjarakan sosial satu meter yang mampu meminimumkan jangkitan Covid-19 sekaligus menurunkan graf pertambahan pesakit positif Covid-19.

Berita selanjutnya selepas ini. – MalaysiaGazette

Ramainya masih ‘melepak’ di pusat beli belah

Kasthuri Jeevendran
MGF300320_Serbuan-Premis_04
Sebahagian pengunjung masih tidak patuhi jarak sosial semasa serbuan sebuah premis pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan pandemik Covid-19 di Mid Valley, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK
 

KUALA LUMPUR – Wabak pandemik Covid-19 kini sudah meragut 37 nyawa di negara ini hari ini manakala seluruh dunia ketika ini sudah mencatatkan seramai 34,017 kematian manakala kes positifnya pula mencecah sehingga 724,565 orang.

Hakikatnya ia peningkatan yang sangat membimbangkan, angka-angka itu sangatlah menakutkan namun tidak semua rakyat Malaysia merasai ketakutan yang sama.

Malah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan memasuki fasa kedua kini masih di anggap acuh tidak acuh oleh sesetengah rakyat dan mereka yang tinggal di negara ini.
MGF300320_Serbuan-Premis_14
Kelihatan pengunjung membawa seorang kanak-kanak memasuki 
pasar raya dengan tidak memakai topeng mulut dan hidung 
semasa serbuan sebuah premis pada Perintah Kawalan Pergerakan 
(PKP) bagi membendung penularan pandemik Covid-19 di Mid 
Valley, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK
Tinjauan MalaysiaGazette ketika menyertai serbuan bersama 18 pegawai dan penguat kuasa Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mendapati masih ramai lagi  orang ‘berkeliaran’ tanpa mendengar arahan duduk di rumah masing-masing.

Antara lokasi serbuan serta pemeriksaan oleh JTK itu ialah pusat beli belah Mid Valley dan juga MyTown Cheras kerana mendapat aduan pelbagai pihak masih ada premis-premis tidak sepatutnya beroperasi tanpa mempedulikan PKP.

Apabila kami tiba di Mid Valley sekitar jam 11 pagi, memang boleh nampak orang ramai sedang sibuk membeli belah macam biasa.

Malah ada dalam kalangan mereka sekadar berjalan-jalan santai seperti menikmati cuti panjang.
MGF300320_Serbuan-Premis_05
Anggota Jabatan Tenaga Kerja Negeri Wilayah Persekutuan 
Kuala Lumpur memberi penerangan kepada seorang pengunjung 
yang tidak memakai topeng mulut dan hidung semasa serbuan 
sebuah premis pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi 
membendung penularan pandemik Covid-19 di Mid Valley, 
Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK
Walaupun sudah ada arahan meminta hanya ketua keluarga atau seorang sahaja yang keluar untuk membeli barangan harian namun lain pula ceritanya di sini apabila ramai keluar berdua atau bertiga.
Malah ada juga membawa kanak-kanak dan bayi ketika membeli barangan, mereka juga tidak memakai penutup muka.

Tidak cukup dengan itu, ramai juga pemilik kedai yang cuba mengambil kesempatan mengaut keuntungan lebih selepas PKP kerana masih beroperasi seperti biasa walaupun ada sebahagiannya  terpaksa menutup premis perniagaan mereka.
MGF300320_Serbuan-Premis_10
Pekerja mula menyimpan barang-barang elektrik semasa serbuan 
sebuah premis yang tidak mematuhi arahan pada Perintah 
Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan pandemik 
Covid-19 di Mid Valley, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK
Ketika serbuan di AEON Big dalam Mid Valley di sini mendapati masih ada premis menjual barangan bukan penting (essential) seperti barangan elektronik dan gajet masih dibuka dan ramai pelanggan.

Bagaimanapun ketika mendekati salah seorang pelanggan yang hanya mahu dikenali sebagai Syuki berkata, dirinya hanya datang membeli kerana AEON bukan untuk barangan keperluan sahaja sebaliknya semua yang lain-lain.

“Tempat lain tiada, sini buka jadi saya datanglah ke sini. Mereka buka jadi tidak salah kami membeli, lagipun saya beli benda-benda yang jadi keperluan. Mereka yang buka, kami belilah,” katanya.
MGF300320_Serbuan-Premis_06
Kelihatan seorang pengunjung membeli peralatan elektrik semas
serbuan sebuah premis yang tidak mematuhi arahan pada Perintah 
Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan pandemik
Covid-19 di Mid Valley, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK,
Satu lagi, premis menjual arak juga masih dibuka dan menjadi kunjungan umum.
Ketika ditanya penguat kuasa, pekerja juga mengatakan majikan mereka tidak mengarahkan ianya ditutup.

Malah pekerja juga ‘keliru’ dengan kehadiran penguat kuasa kerana menurut mereka majikan meminta mereka bekerja dan tidak diberikan cuti untuk tempoh PKP.
MGF300320_Serbuan-Premis_03
Pengarah Tenaga Kerja KL, Rahmat Ismail (kiri) member
penerangan kepada pekerja-pekerja premis semasa serbuan sebuah 
premis pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung 
penularan pandemik Covid-19 di Mid Valley, Kuala Lumpur. 
foto SYAFIQ AMBAK2020.
Ada juga premis seperti farmasi menjual barangan lain seperti alat solek dan barangan lain yang kemudian diarahkan tutup separuh oleh JTK selain notis penutupan diberikan serta merta.

Kelihatan juga sekumpulan warga asing Bangladesh dan India yang bekerja sebagai buruh dan kerja lain berkemungkinan bercuti ketika ini mengambil peluang berjalan-jalan kononnya mahu mencari bahan makanan.
MGF300320_Serbuan-Premis_11
Anggota polis Cawangan Khas (SB) memeriksa dokumen warga 
asing yang tidak mematuhi arahan semasa serbuan sebuah premis 
pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung 
penularan pandemik Covid-19 di Mid Valley, Kuala Lumpur. 
foto SYAFIQ AMBAK2020.
Seorang lelaki warga Itali dikenali sebagai Juliano pula tanpa memakai topeng muka berlegar-legar mengatakan dirinya selesa duduk di negara ini dan sudah menganggap Malaysia sebagai rumah keduanya.

Orang ramai juga kelihatan beratur panjang untuk masuk ke dalam pasar raya, tidak semua memakai topeng muka mahupun menggunakan cecair pembasmi kuman.
MGF300320_Serbuan-Premis_13
Seorang pekerja mula menyimpan barang-barang semasa serbuan 
sebuah premis yang tidak mematuhi arahan pada Perintah 
Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan 
pandemik Covid-19 di Mid Valley, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ 
AMBAK
Ada juga sekadar menghabiskan masa sempena cuti PKP sambil membawa keluarga dan rakan-rakan dan kelihatan berborak seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

Malah apabila nampak kelibat penguat kuasa pun mereka buat seperti tidak kisah seolah-olah tidak melakukan sebarang kesalahan.
MGF300320_Serbuan-Premis_15
Anggota Jabatan Tenaga Kerja Negeri Wilayah Persekutuan Kuala 
Lumpur membuat serbuan sebuah premis yang tidak mematuhi 
arahan pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung 
penularan pandemik Covid-19 di Mid Valley, Kuala Lumpur. 
foto SYAFIQ AMBAK
Justeru, tidak mungkin rantaian Covid-19 dapat diputuskan seandainya masih ada rakyat Malaysia mengambil ringan dan tidak kisah apa yang dikuatkuasakan kerajaan sebaliknya meneruskan kehidupan seperti sebelum ini tanpa berfikir tentang orang lain mahupun angka-angka kematian kes meningkat ketika ini. –MalaysiaGazette