KUALA LUMPUR: Polis Terengganu
menangguhkan pelaksanaan sistem penggiliran mengikut nombor pendaftaran
kenderaan di atas jalan raya menerusi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Fasa II yang dicadangkan bermula Rabu.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata penangguhan itu dilakukan bagi membolehkan kajian lebih lanjut dijalankan.
“Perancangan kita untuk melaksanakan giliran nombor plat pada esok, 1 April terpaksa ditangguhkan kerana memerlukan kajian impak yang lebih terperinci.
“Sebab banyak komen yang kita terima, ada yang baik ada yang tidak menyenangkan. Justeru saya dengan ini mengesahkan bahawa pelaksanaan penggiliran nombor plat kenderaan pagi esok terpaksa kita tangguhkan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Terdahulu Polis Terengganu dalam satu kenyataan memaklumkan akan memperketatkan lagi pergerakan kenderaan di atas jalan raya dengan melakukan sistem penggiliran berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan.
Langkah yang dilaksanakan itu bagi mengurangkan 50 peratus jumlah
kenderaan di atas jalan raya termasuk motosikal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan