Beliau berkata, siasatan mendapati punca jangkitan yang dialami kesemua anggota kesihatan itu bukan daripada pengendalian kes positif Covid-19 di kemudahan kesihatan KKM.
“Namun begitu, semua anggota kesihatan dan barisan hadapan dinasihati supaya mengamalkan langkah pencegahan seperti disarankan, terutama memastikan tangan sentiasa bersih, mengamalkan jarak sosial dan memakai alat pelindung diri (PPE) mengikut keperluan yang ditetapkan,” katanya di Facebook hari ini.
Semalam, Noor Hisham memberitahu sidang media harian mengenai Covid-19 bahawa punca jangkitan sebahagian besar anggota KKM adalah berkaitan dengan majlis perkahwinan yang turut dihadiri mereka yang menyertai perhimpunan jemaah tabligh.
Punca lain adalah daripada kunjungan ke luar negara dan kontak ahli keluarga yang positif Covid-19.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan