HALAMAN SANTAI

Isnin, 30 Mac 2020

Jadi Menteri Kerajaan Menyusahkan Rakyat, Jadi Pembangkang pun menyusahkan rakyat



Semasa dia menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Malaysia, Saifuddin tak boleh sekat elemen-elemen kegiatan kartel yang menyebabkan harga telur meningkat secara konsisten pada setiap minggu. Harga telur dulu sekitar RM8++ boleh naik kepada RM10-11++.

Cakap dia memang hebat kalau juara debat peringkat kebangsaan.

Itu belum lagi cerita pasal harga barangan lain. Tak ada satu barang pun yang harga turun dengan hapusnya GST. Semuanya kencing belaka kerana nak jaga kartel DAP yang mendokong perniagaan.

Ingat bila jadi pembangkang bolehlah manafaat, bantu rakyat. Bila kerajaan nak berikan duit RM600 dia kata kerajaan tak ada nak ambil duit mana. Bila kerajaan suruh ambil duit KSWP dia kata kenapa tak berikan RM500??

Celaka punya PH bodoh, hancing...
Engkau tak ada kerja ke nak bangkang aje!!
Patutlah Mahathir pecat engkau orang semua!
 .....
Benarkan rakyat keluar simpanan KWSP tindakan tidak bertanggungjawab

KUALA LUMPUR - Langkah kerajaan membenarkan rakyat mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dari akaun dua sebagai tidak bertanggungjawab.

Sebaliknya, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mahu perkara itu dikaji semula kerana dibimbang menjejaskan nilai simpanan tabungan hari tua rakyat negara ini.

Beliau yang juga bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, adalah lebih baik bagi kerajaan membatalkan kutipan cukai pendapatan melalui Potongan Cukai Berjadual (PCB) untuk tempoh selama 12 bulan.

"Saya membaca dengan penuh kebimbangan pengumuman kerajaan bahawa semua pencarum KWSP berumur 55 tahun ke bawah kini dibenarkan mengeluarkan sebanyak RM500 sebulan daripada caruman terkumpul mereka di KWSP untuk tempoh 12 bulan akan datang.

"Adalah tidak bertanggungjawab untuk menyuruh rakyat Malaysia mengeluarkan simpanan KWSP untuk membiayai keperluan mereka kerana ia merupakan satu idea yang akan menjejas masa depan ramai rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan inisiatif berkenaan yang dijangka memberi manfaat kepada 14 juta pencarum KWSP.

Beliau turut menganggarkan jumlah pengeluaran berjumlah RM40 bilion dengan permohonan bagi pengeluaran itu akan dibuka bermula 1 April hadapan.

Saifuddin berkata, kerajaan sepatutnya menunjukkan kesediaan berkorban untuk rakyat dalam keadaan krisis Covid-19 dan kemelesetan ekonomi dihadapi negara hari ini.

"Adalah lebih wajar semua pekerja yang bergaji kurang dari RM10,000 sebulan dikecualikan dari potongan cukai bulanan untuk tempoh 12 bulan akan datang. Ini akan meningkatkan pendapatan boleh guna mereka.

"Tindakan ini akan merangsang kegiatan ekonomi melalui perbelanjaan pengguna. Kesan alir-ke bawah dari pendekatan ini adalah lebih cepat dalam merancakkan aktiviti perniagaan khusus di sektor peruncitan," katanya.

Saifuddin turut menegaskan kira-kira 70 peratus daripada pencarum KWSP mempunyai simpanan yang hanya dapat bertahan untuk tempoh lima tahun sahaja selepas mereka bersara.

"Hasrat di sebalik penubuhan KWSP untuk mewujudkan satu skim tabungan hari tua dan ia bukanlah akaun simpanan seperti di bank yang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.

"Kini jangka hayat rakyat Malaysia telah mencapai 76 tahun namun jumlah simpanan KWSP sebahagian besar mereka tidak mencukupi untuk menyara kehidupan sehingga ke 76 tahun," katanya.

Tiada ulasan: