HALAMAN SANTAI

Khamis, 26 Mac 2020

Tiada sekatan kenderaan bawa makanan, sayuran, kata menteri

 
Lori menghantar bekalan makanan dan sayuran tidak berdepan 
masalah dengan sekatan sepanjang tempoh perintah kawalan 
pergerakan.
 
PETALING JAYA: Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata tiada sekatan dikenakan pihak berkuasa ke atas kenderaan yang membawa bekalan makan termasuk sayur-sayuran.

Beliau yang juga menteri pertahanan berkata, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador turut memberi jaminan kenderaan yang membawa bekalan makanan akan diberi laluan mudah bagi proses penghantaran.

“Tidak ada sekatan kepada kenderaan yang membawa bahan mentah makanan, sebab terdapat beberapa berita fitnah kononnya di Cameron Highland kenderaan tidak boleh bawa sayur, itu tidak benar,” katanya semasa sidang media selepas mesyuarat harian menteri-menteri dan pihak berkepentingan dalam mendepani wabak Covid-19 di Perdana Putra.

Beliau turut meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan berita palsu kerana ia akan menyulitkan keadaan.

Sebelum ini, media melaporkan waktu operasi pasar awam yang terbatas dan sekatan trafik di jalan raya sewaktu perintah kawalan pergerakan didakwa menimbulkan kesan rantaian negatif terhadap bekalan sayur dan makanan mentah di pasaran.

Disebabkan pelbagai kekangan dan syarat yang dikenakan pihak berkuasa, ramai penjual sayur dan pemandu lori sayur mengadu mereka sanggup menghentikan perkhidmatan bagi mengelak kesulitan itu.

Pasar Borong Kuala Lumpur antara pasar yang paling terkesan.

Tiada ulasan: