MEDAN BERITA POLITIK : KE ARAH BERFIKIR, MENGINSAFI DAN BERTINDAK
HALAMAN SANTAI
Khamis, 26 Mac 2020
'Duduk rumah muhasabah diri, bukan tengok laman lucah'
MALAYSIAKINI
Pelakon
Yatt Hamzah menyelar rakyat Malaysia yang mengambil kesempatan melayari
laman sesawang lucah ketika negara sedang dalam tempoh perintah kawalan
pergerakan yang dikuatkuasakan bagi membendung Covid-19.
Kata
Yatt, Covid-19 sewajarnya dilihat sebagai satu ujian besar dan menjadi
titik tolak umat Islam lebih mendekatkan diri dengan amalan ibadah.
"Astagfirullahaladzim,
cukuplah dengan musibah yang ada ni. Jangan ditambah lagi.
Bertaubatlah. Allah bagi ujian wabak Covid-19 ni untuk kita berfikir dan
mendekatkan diri kepada-Nya.
"Justeru, bermuhasabah dan
memperbaiki diri, bukan dengan berbuat maksiat, menambah laknat dan
kemurkaan Allah. Hentikan pornografi," katanya di media sosial hari ini.
Mengiringi hantaran tersebut, Yatt berkongsi beberapa data statistik diperoleh daripada laman pornografi Pornhub.
Terdahulu,
media melaporkan trafik laman lucah Pornhub di Malaysia meningkat
sehingga ke 84 peratus sepanjang penularan wabak Covid-19.
Melalui
keterangan dipaparkan itu, Malaysia berada di tangga keempat berbanding
Slovakia yang menduduki tempat pertama dengan 119 peratus pencarian.
Yatt
atau nama sebenarnya Haryati Hamzah berkata, melihat secara jelas
bentuk tubuh orang lain bahkan sewaktu mereka sedang melakukan jimak,
hukumnya adalah haram.
"Hukum melihat aurat orang lain adalah
haram. Apatah lagi melihat bahan yang mengandungi unsur lucah yang boleh
membangkitkan syahwat. Ia juga haram.
"Bagi yang dah berkahwin
juga bukan suka-suka boleh tengok video lucah dengan alasan utk menambah
ilmu. Haram tetap haram," katanya.
Selain
itu, Yatt, 39, juga mempercayai perbuatan melihat aurat orang lain
boleh menumpulkan fikiran selain mengeraskan hati seseorang.
"Jika perbuatan ini sering dilakukan maka dikhuatirkan mempercepat seseorang itu menjadi nyanyuk atau pikun," katanya.
Gesaan
Yatt tidak terhad sampai di situ, dia turut menggesa golongan selebriti
dan Instafamous agar berhenti daripada terus berkongsi rakaman klip
video, gambar seksi, lucah atau menggiurkan di media sosial.
"Sesiapa saja yang selalu memuat naik video dan gambar tiada manfaat demi (mengumpul) jumlah like dan keperibadian kalian, tolonglah hentikan,
"Hentikan dosa-dosa mengundang bencana dan akibatnya ditanggung semua yang tak bersalah," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan