KUALA LUMPUR – Tiga jenis ubat yang berdaftar di negara ini dikenal
pasti boleh digunakan untuk rawatan Covid-19 dan bekalan ubat tersebut
telah sedia ada di Malaysia.
Ubat-ubat tersebut adalah ‘Chloroquine’, ‘Hydroxychloroquine’ dan kombinasi ‘Lopinavir/ Ritonavir’.
Hasil semakan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan pangkalan
data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA)
mendapati ketiga-tiga ubat itu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan
Dadah (PBKD).
“Bekalan ubat tersebut telah sedia ada di Malaysia untuk kegunaan rawatan penyakit lain dan boleh digunakan untuk rawatan COVID-19,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan di laman Facebook bertajuk Status Ubat Bagi Rawatan Covid-19 di Malaysia.
Ubat-ubat tersebut adalah ‘Chloroquine’, ‘Hydroxychloroquine’ dan kombinasi ‘Lopinavir/ Ritonavir’.
“Bekalan ubat tersebut telah sedia ada di Malaysia untuk kegunaan rawatan penyakit lain dan boleh digunakan untuk rawatan COVID-19,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan di laman Facebook bertajuk Status Ubat Bagi Rawatan Covid-19 di Malaysia.
Menjelaskan lebih lanjut, katanya, bekalan ubat-ubatan yang
memerlukan pengimportan seperti Favipiravir dan Remdesivir akan sentiasa
dimudah cara oleh KKM bagi kegunaan rawatan COVID-19.
Bagi ubat kajian Remdesivir, Malaysia telah dipilih oleh World Health Organization (WHO) untuk terlibat dalam kajian klinikal ‘Multicenter Adaptive Solidarity trial – COVID-19’ yang mana ubat kajian tersebut akan digunakan.
Katanya, NPRA akan menyediakan laluan ‘expedited review’ untuk membawa masuk produk kajian klinikal ini ke Malaysia secepat mungkin. Bagi ubat Favipiravir, KKM sedang mendapatkan ubat tersebut daripada pembekal.
“Dalam situasi pandemik COVID-19 sekarang, sekiranya bekalan daripada pihak pemegang pendaftaran sedia ada untuk ubat-ubatan tidak mencukupi, KKM masih boleh mendapatkan bekalan alternatif daripada produk yang tidak berdaftar dengan menggunakan pengecualian peruntukan undang-undang kelulusan khas Ketua Pengarah Kesihatan (KPK), KKM,” katanya.
Dr Noor Hisham berkata, KKM akan menjalankan pemantauan secara berterusan melalui program pemantauan mutu produk berdaftar dan farmakovigilans bagi memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat-ubatan terjamin demi kepentingan pesakit.
Sehingga hari ini, sebanyak 27 kematian direkodkan berikutan penularan Covid-19 di Malaysia. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan