HALAMAN SANTAI

Rabu, 25 Mac 2020

Suratkhabar tidak dapat diterbit jika MCO dilanjut

MalaysiaGazette
MGF25022017_MUKA-DEPAN-PAPER-KES-JONG-NAM05
Masalah kekurangan bekalan dakwat mungkin menyebabkan akhbar tidak dapat diterbitkan jika Perintah Kawalan Pergerakan diteruskan.
 

KUALA LUMPUR – Suratkhabar mungkin tidak lagi dapat diterbitkan jika kerajaan melanjutkan perintah kawalan pergerakan (MCO) selepas 31 Mac.

Sinchew Daily melaporkan, keadaan itu berlaku memandangkan dua pembekal dakwat yang paling utama tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh kawalan tersebut.

Menurut akhbar itu, banyak penerbit suratkhabar telah berdepan masalah kekurangan stok dakwat dan bekalan sedia ada dijangka hanya mampu bertahan sehingga akhir bulan.

Difahamkan banyak pembekal bahan mentah untuk suratkhabar telah berhenti operasi sejak hari pertama pelaksanaan perintah kawalan pergerakan.

Kedua-dua pembekal dakwat telah memohon pengecualian pelaksanaan MCO daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Namun begitu, permohonan sebuah syarikat telah ditolak manakala sebuah lagi masih menunggu maklum balas daripada kementerian tersebut. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: