HALAMAN SANTAI

Isnin, 30 Mac 2020

Soalan lazim bantuan tunai bagi B40, M40



Isi rumah berpendapatan bulanan RM8,000 dan ke bawah layak 
mendapat bantuan tunai ‘one-off’.

PETALING JAYA: Kementerian Kewangan menjelaskan pelaksanaan dan cara untuk golongan B40 dan M40 mendapatkan bantuan tunai berjumlah RM10 bilion di bawah pakej rangsangan ekonomi bernilai RM250 bilion yang diumumkan perdana menteri Jumaat lalu.

1. Apakah Bantuan Prihatin Nasional?
Bantuan Prihatin Nasional adalah salah satu bantuan yang disediakan kerajaan dalam pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat yang akan diberikan secara “one-off” kepada golongan B40 dan M40. Pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup (BSH), manakala M40 berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

2. Siapakah yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40?
Kategori yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 seperti berikut:

1. Isi rumah
a) Kahwin atau
b) Ibu atau bapa tunggal/balu/janda/duda yang ada melaporkan maklumat anak dalam permohonan BSH 2020
c) Pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah

2. Bujang
a) Bujang atau ibu atau bapa tunggal/balu/janda/duda yang tidak melaporkan maklumat anak dalam permohonan BSH 2020
b) Had umur 21 tahun dan ke atas, termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas)
c) Pendapatan bujang RM2,000 dan ke bawah.

Kategori yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional M40 ialah pembayar cukai berdaftar dengan LHDN yang berstatus seperti berikut:

1. Isi rumah
a) Kahwin
b) Ibu atau bapa tunggal/balu/janda/duda berdasarkan data percukaian
c) Pendapatan agregat bulanan RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini.

2. Bujang
a) Individu yang berstatus bujang dalam data percukaian
b) Had umur 21 tahun dan ke atas
c) Pendapatan bulanan RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan BNCP
3. Pembayar cukai yang merupakan warganegara Malaysia menetap di Malaysia.

3. Berapakah bayaran Bantuan Prihatin Nasional yang akan diterima B40 & M40?
Jumlah bayaran yang akan diterima secara “one-off” seperti berikut:



4. Bilakah tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh dibuat?
Tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 akan dibuat pada April dan Mei 2020.

5. Bagaimanakah kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 dilaksanakan?
Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 seperti berikut:
Pembayaran sekiranya:
  1. Ada maklumat akaun – bayaran secara kredit ke akaun atau
  2. Jika status bayaran secara kredit gagal – bayaran secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)
  3. Tiada akaun – bayaran secara tunai di BSN
Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional M40 seperti berikut:
  1. Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan dalam BNCP terkini yang dikemukakan
  2. Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah
  3. Jika taksiran bersama dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir
6. Bagaimana jika akaun bank yang didaftarkan tidak aktif atau ditutup?
Bagi Bantuan Prihatin Nasional B40:
Sekiranya status pengkreditan gagal, pembayaran akan dibuat secara tunai melalui BSN.
Bagi Bantuan Prihatin Nasional M40:
Pemohon boleh mengemas kini maklumat akaun bank melalui aplikasi e-Kemaskini https://ez.hasil.gov.my/ci/ > e-Kemaskini > Profil Diri) untuk memastikan maklumat akaun bank adalah terkini dan aktif. Pastikan akaun bank atas nama penerima.

7. Bila dan bagaimana semakan status penerimaan Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh dibuat?
Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh membuat semakan status mulai 1 April. Pangkalan data BPN adalah berdasarkan:
  1. Untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan
  2. Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN ditetapkan
Semakan status boleh dibuat di portal rasmi berikut:
  1. http://www.hasil.gov.my
  2. https://bsh.hasil.gov.my
  3. https://www.treasury.gov.my
8. Adakah permohonan baru boleh dibuat sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40?
Ya. Jika memenuhi kriteria tetapi tidak tersenarai, permohonan baru Bantuan Prihatin Nasional untuk B40 dan M40 boleh dibuat mulai 1 April secara dalam talian di portal rasmi berikut:
  1. http://www.hasil.gov.my
  2. https://bsh.hasil.gov.my
  3. https://www.treasury.gov.my
9. Apakah dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional?
Selain mengisi borang atas talian, pemohon boleh mengemukakan bukti pendapatan. Semua permohonan akan disemak berdasarkan data agensi yang ditetapkan.

10. Bilakah bayaran bagi mereka yang membuat permohonan Bantuan Prihatin Nasional akan dilakukan?
Sekiranya permohonan baru Bantuan Prihatin Nasional diluluskan, bayaran akan dibuat pada Mei 2020 secara sekaligus.

11. Jika pemohon bujang berstatus pelajar sepenuh masa, adakah beliau layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40?
Tidak. Pemohon bujang yang berstatus pelajar sepenuh masa tidak layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40. 

12. Adakah penerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 yang berada di pedalaman Sabah dan Sarawak akan menerima bayaran pada April 2020?
Tidak. Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 bagi penerima pedalaman di Sabah dan Sarawak akan dibuat secara sekaligus bersekali bayaran BSH 2020.

13. Bagaimanakah kaedah pembayaran Bantuan Prihatin Nasional bagi penerima pedalaman di Sabah dan Sarawak dilaksanakan?
Kaedah pembayaran akan dilaksanakan melalui pembukaan kaunter di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang akan diselaraskan Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Sarawak melalui Kementerian Kewangan. Lokasi dan tarikh akan dimaklumkan kemudian.

Tiada ulasan: