Warga
asing yang bekerja diperiksa tekanan suhu badan sewaktu membuat
pemeriksaan kesihatan bagi membendung penularan wabak Covid-19
berikutan Perintah Kawalan Pergerakan di Pasar Borong Kuala Lumpur. foto
HAZROL ZAINAL
KUALA LUMPUR – Serbuan serta pemeriksaan kesihatan terhadap
lebih 400 warga asing di Pasar Borong Kuala Lumpur awal pagi tadi
mendapati 10 daripadanya mereka berkemungkinan suspek Covid-19.
Ops Covid-19 itu merupakan hasil kerjasama Jabatan Penguatkuasaan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) Wilayah Persekutuan, Polis diRaja Malaysia (PDRM) dan juga
Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Saringan dilakukan di kawasan pasar borong yang rata-ratanya
dihuni oleh pekerja warga asing itu bebas daripada wabak pandemik
Covid-19 yang kini sudah meragut 14 nyawa di negara ini.
MalaysiaGazette difahamkan, lapan daripada suspek itu mengakui ada
menghadiri perhimpunan jemaah tabligh di Masjid Seri Petaling baru-baru
ini yang kini menjadi antara kluster utama penularan Covid-19
Manakala dua lagi dipercayai mempunyai beberapa simptom pandemik merbahaya itu.
Menurut doktor KKM terlibat dengan operasi yang sama, Dr. Nurfarah
Adila, ketika ini pihaknya tidak boleh memberi apa-apa pengesahan kerana
hanya melakukan pemeriksaan suhu serta tekak kepada mereka. Temubual
bersama Dr. Nur Adila mengenai penularan wabak Covid-19 berikutan
Perintah Kawalan Pergerakan di Pasar Borong Kuala Lumpur. foto HAZROL
ZAINAL
“Kemungkinan mereka positif belum tahu lagi. Kita hanya suspek sahaja
menggunakan maklumat yang diberikan oleh mereka selain daripada
simptom.
“Lapan daripada mereka memang ada pengakuan menghadiri perhimpunan
tabligh atau berhubung dengan kluster, dua lagi tunjuk simptom. Jadi,
kita lakukan langkah kedua, ambil lakukan pemeriksaan tekak.
“Langkah pertama, kita periksa suhu badan, rata-rata mereka dalam 400
lebih ini okay, jadi kita lepaskan. Keputusan pemeriksaan tekak hanya
akan kita ketahui antara 24 hingga 72 jam sahaja,” katanya kepada
MalaysiaGazette hari ini. Petugas
KKM membuat pemeriksaan kesihatan keatas warga asing bagi membendung
penularan wabak Covid-19 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan di Pasar
Borong Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL
Jelas Nurfarah lagi, pihaknya kini sedang berusaha sedaya upaya
mengesan dan melakukan pemeriksaan terhadap mana-mana individu yang
dikaitkan dengan perhimpunan tabligh di Sri Petaling.
“Kita dapat panggilan, kita dapat maklumat, tidak kira waktu kita pergi sahaja. Kita agresif kerana ini isu yang sangat serius.
“Apabila membabitkan warga asing pula, sememangnya ini sangat rumit
lagi-lagi pada hari ini rata-rata mereka tidak banyak pengetahuan
tentang wabak Covid-19 ini. Sangat membimbangkan.
“Warga asing juga duduk dalam kumpulan besar dalam keadaan sempit,
jadi ianya senang juga merebak. Yang kes tabligh pula, pada masa kini,
pastinya mereka-mereka ini yang belum lakukan pemeriksaan pastinya sudah
terdedah dengan macam-macam dan kontak lain.
“Jadi kita akan siasat dengan penuh rapi dan berhati-hati,” ujarnya lagi. Petugas
KKM mengarahkan warga asing yang membuat pemeriksaan kesihatan beratur
dengan jarak satu meter bagi membendung penularan wabak Covid-19
berikutan Perintah Kawalan Pergerakan di Pasar Borong Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL
Beberapa orang warga asing yang ditemui sempat juga kelihatan masih
keliru dengan pandemik Covid-19 apatah lagi melibatkan penguatkuasaan
kerana ada dalam kalangan mereka tinggal di negara ini secara haram.
Serbuan merangkap pemeriksaan kesihatan itu pada awalnya menyebabkan
keadaan pasar borong itu gamat kerana ada juga cuba melarikan diri
kerana menyangka ia ia operasi penguat kuasa Jabatan Imigresen.
Bagaimanapun apabila diterangkan, kebanyakan mereka tampil dengan dokumen di tangan untuk diperiksa secara rela. Anggota
Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan warga
asing yang bekerja membuat pemeriksaan kesihatan bagi membendung
penularan wabak Covid-19 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan di Pasar
Borong Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL
Pada masa ini, selain KKM beberapa agensi lain seperti DBKL juga
agresif dalam menjalankan operasi terutamanya di lokasi-lokasi panas
seperti pasar borong, premis kedai, PPR sekitar ibu kota bagi membendung
Covid-19.
Selain warga asing, pegawai penguat kuasa DBKL juga mencari
gelandangan bagi menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap golongan
yang dianggap berisiko tinggi dijangkiti dan menjangkiti kontak lain. Petugas
KKM menemubual salah seorang warga asing yang membuat pemeriksaan
kesihatan bagi membendung penularan wabak Covid-19 berikutan Perintah
Kawalan Pergerakan di Pasar Borang Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga digunakan sepenuhnya dengan
operasi 24 jam secara mengejut bukan sahaja terhadap rakyat yang gagal
mematuhi arahan sebaliknya fokus terhadap kumpulan warga asing serta
gelandangan pada masa sama. –MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan