MALAYSIAKINI
Pasar raya utama di seluruh negara mengubah waktu operasi sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan yang berkuat kuasa sehingga 31 Mac.
Dalam notis yang dikeluarkan kepada pelanggannya, Giant, Tesco Malaysia, Aeon Big dan Aeon mengumumkan bahawa majoriti cawangan mereka akan ditutup pada 8 malam hingga 31 Mac.
Bermula esok, pasar raya Giant mengumumkan bahawa 44 cawangannya di Semenanjung, akan ditutup pada pukul 7 malam.
Di Pantai Timur, cawangan Giant di Kuantan akan ditutup pada jam 6.30 petang, manakala tiga cawangan di Terengganu dan satu di Kelantan akan ditutup pada 5.30 petang.
Senarai penuh operasi untuk semua 49 cawangan Giant boleh dibaca di laman web pasar raya itu.
Bagi pasar raya Tesco, cawangan Paradigm Mall akan dibuka dari pukul 11 pagi hingga 8 malam, manakala cawangannya di Kota Bahru, Perak, Melaka dan Johor akan dibuka pada pukul 7 pagi dan ditutup pada pukul 7 malam.
Tesco Jenjarom, Wangsa Walk dan IOI City Mall - dibuka dari jam 10 pagi hingga 8 malam, sementara cawangan yang lain di seluruh negara akan dibuka dari 8 pagi hingga 8 malam.
Bagi pasar raya Aeon Big, cawangan di Falim, Ipoh dan Kluang, Johor, akan dibuka dari 7 pagi hingga 7 malam.
Di Kuantan pula, cawangan Aeon Big dibuka dari pukul 11 pagi hingga 7 malam; 3 Damansara (10 pagi hingga 8 malam); dan Sutera Utama (10 pagi hingga 7 malam).
Selebihnya dibuka dari pukul 8 pagi hingga 8 malam.
Pasar raya lain yang memperkenalkan waktu operasi sementara yang baru termasuk 33 cawangan Aeon Supermarket, empat cawangan Aeon Neighbor dan enam cawangan Aeon MaxValu Prime.
Sementara itu, kedai runcit 99 Speed Mart mengumumkan waktu operasi baru dari 8 pagi hingga 8 malam, bermula semalam hingga 31 Mac.
Begitu juga, dengan Family Mart yang mengumumkan bahawa ia telah mengubah operasi 24-jamnya kepada antara pukul 6 pagi hingga tengah malam dari 21 Mac hingga 31 Mac.
Sejak perintah kawalan pergerakan dilaksanakan Rabu lepas, kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan pasar raya utama meningatkankepada orang ramai agar tidak membuat "pembelian panik".
Antara langkah yang diperkenalkan termasuklah hanya membolehkan seorang dari satu keluarga keluar dan membeli bekalan yang diperlukan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan