HALAMAN SANTAI

Isnin, 30 Mac 2020

Kerajaan PN lulus peruntukan RM100,000 kepada wakil rakyat pembangkang


 
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Subang Wong Chen hari ini memaklumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bersetuju untuk meluluskan peruntukan sebanyak RM100,000 kepada wakil rakyat pembangkang.

Wong Chen berkata, beliau baru sahaja menerima pengesahan rasmi menerusi email dari Pejabat Perdana Menteri.

“Berita baik. Kami baru sahaja menerima pengesahan rasmi dari Pejabat Perdana Menteri pada jam 10 pagi tadi bahawa sejumlah RM100,000 akan diberikan kepada semua wakil rakyat pembangkang, dipercayai untuk menangani wabak Covid-19.

“Jumlah ini diperuntukkan kepada kami bagi tempoh sepanjang tahun. Tetapi saya berhasrat untuk membelanjakan semuanya semasa tempoh krisis ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya, hari ini.

Wong turut berkongsi e-mel pengesahan daripada Pejabat Perdana Menteri yang meminta wakil rakyat pembangkang mengemukakan projek atau program yang mereka mahu Putrajaya biayai.

“Saya akan bekerjasama dengan Adun dalam kawasan Parlimen dan pemimpin komuniti mengenai apakah yang perlu dibelanjakan serta apakah responnya.

“Kami akan mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan mengenai bagaimana dan apakah yang akan kami belanjakan. Saya dan para pegawai akan melihat proses dan prosedur pada pagi ini,” katanya.

Tiada ulasan: