Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, adalah wajar kelulusan Dewan Rakyat diperolehi kerana Muhyiddin mengakui bahawa kerajaan yang diterajuinya bukan kerajaan yang rakyat Malaysia undi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dua tahun lalu.
“Atas sebab ini, adalah penting dan mustahak untuk Muhyiddin diingatkan bahawa Malaysia masih merupakan demokrasi berparlimen.
Kit Siang menegaskan sidang tergempar itu diadakan secepat mungkin. Sidang tergempar itu tidak harus digunakan untuk tujuan lain sama ada untuk sesi soal jawab, undi “tidak percaya” terhadap Perdana Menteri atau pelantikan Speaker baru.
Perbahasan perlu difokuskan untuk meluluskan Pakej Rangsangan Ekonomi RM250 bilion.
- Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat RM250 bilion
- PM umum bantuan khas isi rumah
- Perdana Menteri lakukan perkara yang betul – Tok Mat
Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) sebanyak RM250 bilion dengan matlamat melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuhkan ekonomi dalam menghadapi kesan pandemik Covid-19.
Jumlah itu termasuk suntikan fiskal sebanyak RM22 bilion, jaminan kerajaan sebanyak RM55 bilion dan lain-lain inisiatif yang mencakupi lebih RM153 bilion.
Daripada keseluruhan jumlah tersebut, yang turut merangkumi RM20 bilion yang telah diumumkan sebelum ini, hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2.0 bilion untuk mengukuhkan ekonomi negara.-SM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan