Lebih kepada satu bentuk tanggungjawab sosial korporat dari kerajaan

BANGI – Pemimpin parti tamak haloba DAP, Datuk Ngeh Koo Ham cuba
menutup satu fakta bahawa bukan semua penjawat awam tidak bekerja sepanjang
tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan.
Presiden
gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahya
mengingatkan Koo Ham bahawa sejumlah besar penjawat awam sedang bekerja keras,
terutama di Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Kewangan.
Beliau
menyelar kenyataan Koo Ham yang mempertikaikan langkah kerajaan memberi bantuan
secara one-off sebanyak RM500 kepada penjawat awam melalui Pakej Rangsangan
Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).
“Penjawat
awam tidak ada bonus sebagaimana pekerja-pekerja swasta perolehi selama ini.
Jadi, logik sahaja untuk kerajaan berikan bantuan kepada mereka ini. Saya tidak
faham mengapa perkara ini dijadikan isu oleh wakil rakyat DAP ini.
“Pengumuman
‘bonus’ atau suntikan ini adalah lebih kepada satu bentuk tanggungjawab sosial
korporat (CSR) dari kerajaan. Kerajaan ada rizab lebih dari RM400 billion, maka
masih cukup dan tidak ada masalah pun di situ,” katanya dalam kenyataan, hari
ini.
Terdahulu,
Koo Ham dalam satu kenyataan di Twitternya menuntut penjelasan Muhyiddin
berhubung pemberian bantuan RM500 kepada penjawat awam, sedangkan mereka tidak
bekerja sepanjang tempoh kawalan pergerakan.
“Saya
sokong insentif yang diberikan kepada petugas barisan hadapan COVID-19.
Muhyiddin perlu jelaskan kenapa beliau juga memberikan bonus RM500 kepada
penjawat awam lain, apabila mereka dibayar gajil penuh dan tidak bekerja ketika
Perintah Kawalan Pergerakan terutamanya apabila negara melalui krisis kesihatan
dan kewangan?,” soal Koo Ham.
Mengulas
perkara itu, Aminuddin mengingatkan Koo Ham bahawa golongan B40 majoriti adalah
berpendapatan rendah, dan mereka antara terawal terkesan dengan Perintah
Kawalan Pergerakan.
“Saya
harap kenyataan YB DAP ini bukan berbaur atau berniat rasis di mana kita tahu
majoriti penjawat awam adalah dari kalangan Bumiputera. Mungkin ini kejahilan
diri beliau sahaja, kita cuba berbaik sangka sahajalah,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan