Sebahagian
pengunjung masih tidak patuhi jarak sosial semasa serbuan sebuah premis
pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan
pandemik Covid-19 di Mid Valley, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK
KUALA LUMPUR – Wabak pandemik Covid-19 kini sudah meragut 37
nyawa di negara ini hari ini manakala seluruh dunia ketika ini sudah
mencatatkan seramai 34,017 kematian manakala kes positifnya pula
mencecah sehingga 724,565 orang.
Hakikatnya ia peningkatan yang sangat membimbangkan, angka-angka itu
sangatlah menakutkan namun tidak semua rakyat Malaysia merasai ketakutan
yang sama.
Malah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan memasuki fasa
kedua kini masih di anggap acuh tidak acuh oleh sesetengah rakyat dan
mereka yang tinggal di negara ini. Kelihatan
pengunjung membawa seorang kanak-kanak memasuki pasar raya dengan tidak
memakai topeng mulut dan hidung semasa serbuan sebuah premis pada
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan pandemik
Covid-19 di Mid Valley, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK
Tinjauan MalaysiaGazette ketika menyertai serbuan bersama 18 pegawai
dan penguat kuasa Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dengan kerjasama Jabatan
Keselamatan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mendapati masih ramai lagi orang
‘berkeliaran’ tanpa mendengar arahan duduk di rumah masing-masing.
Antara lokasi serbuan serta pemeriksaan oleh JTK itu ialah pusat beli
belah Mid Valley dan juga MyTown Cheras kerana mendapat aduan pelbagai
pihak masih ada premis-premis tidak sepatutnya beroperasi tanpa
mempedulikan PKP.
Apabila kami tiba di Mid Valley sekitar jam 11 pagi, memang boleh nampak orang ramai sedang sibuk membeli belah macam biasa.
Malah ada dalam kalangan mereka sekadar berjalan-jalan santai seperti menikmati cuti panjang. Anggota
Jabatan Tenaga Kerja Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memberi
penerangan kepada seorang pengunjung yang tidak memakai topeng mulut dan
hidung semasa serbuan sebuah premis pada Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) bagi membendung penularan pandemik Covid-19 di Mid Valley, Kuala
Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK
Walaupun sudah ada arahan meminta hanya ketua keluarga atau seorang
sahaja yang keluar untuk membeli barangan harian namun lain pula
ceritanya di sini apabila ramai keluar berdua atau bertiga.
Malah ada juga membawa kanak-kanak dan bayi ketika membeli barangan, mereka juga tidak memakai penutup muka.
Tidak cukup dengan itu, ramai juga pemilik kedai yang cuba mengambil
kesempatan mengaut keuntungan lebih selepas PKP kerana masih beroperasi
seperti biasa walaupun ada sebahagiannya terpaksa menutup premis
perniagaan mereka. Pekerja
mula menyimpan barang-barang elektrik semasa serbuan sebuah premis yang
tidak mematuhi arahan pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi
membendung penularan pandemik Covid-19 di Mid Valley, Kuala Lumpur. foto
SYAFIQ AMBAK
Ketika serbuan di AEON Big dalam Mid Valley di sini mendapati masih
ada premis menjual barangan bukan penting (essential) seperti barangan
elektronik dan gajet masih dibuka dan ramai pelanggan.
Bagaimanapun ketika mendekati salah seorang pelanggan yang hanya mahu
dikenali sebagai Syuki berkata, dirinya hanya datang membeli kerana
AEON bukan untuk barangan keperluan sahaja sebaliknya semua yang
lain-lain.
“Tempat lain tiada, sini buka jadi saya datanglah ke sini. Mereka
buka jadi tidak salah kami membeli, lagipun saya beli benda-benda yang
jadi keperluan. Mereka yang buka, kami belilah,” katanya. Kelihatan
seorang pengunjung membeli peralatan elektrik semas serbuan sebuah
premis yang tidak mematuhi arahan pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
bagi membendung penularan pandemikCovid-19 di Mid Valley, Kuala
Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK,
Satu lagi, premis menjual arak juga masih dibuka dan menjadi kunjungan umum.
Ketika ditanya penguat kuasa, pekerja juga mengatakan majikan mereka tidak mengarahkan ianya ditutup.
Malah pekerja juga ‘keliru’ dengan kehadiran penguat kuasa kerana
menurut mereka majikan meminta mereka bekerja dan tidak diberikan cuti
untuk tempoh PKP. Pengarah
Tenaga Kerja KL, Rahmat Ismail (kiri) member penerangan kepada
pekerja-pekerja premis semasa serbuan sebuah premis pada Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan pandemik Covid-19 di
Mid Valley, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK2020.
Ada juga premis seperti farmasi menjual barangan lain seperti alat
solek dan barangan lain yang kemudian diarahkan tutup separuh oleh JTK
selain notis penutupan diberikan serta merta.
Kelihatan juga sekumpulan warga asing Bangladesh dan India yang
bekerja sebagai buruh dan kerja lain berkemungkinan bercuti ketika ini
mengambil peluang berjalan-jalan kononnya mahu mencari bahan makanan. Anggota
polis Cawangan Khas (SB) memeriksa dokumen warga asing yang tidak
mematuhi arahan semasa serbuan sebuah premis pada Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan pandemik Covid-19 di Mid
Valley, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK2020.
Seorang lelaki warga Itali dikenali sebagai Juliano pula tanpa
memakai topeng muka berlegar-legar mengatakan dirinya selesa duduk di
negara ini dan sudah menganggap Malaysia sebagai rumah keduanya.
Orang ramai juga kelihatan beratur panjang untuk masuk ke dalam pasar
raya, tidak semua memakai topeng muka mahupun menggunakan cecair
pembasmi kuman. Seorang
pekerja mula menyimpan barang-barang semasa serbuan sebuah premis yang
tidak mematuhi arahan pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi
membendung penularan pandemik Covid-19 di Mid Valley, Kuala Lumpur. foto
SYAFIQ AMBAK
Ada juga sekadar menghabiskan masa sempena cuti PKP sambil membawa
keluarga dan rakan-rakan dan kelihatan berborak seperti tidak ada
apa-apa yang berlaku.
Malah apabila nampak kelibat penguat kuasa pun mereka buat seperti tidak kisah seolah-olah tidak melakukan sebarang kesalahan. Anggota
Jabatan Tenaga Kerja Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur membuat
serbuan sebuah premis yang tidak mematuhi arahan pada Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan pandemik Covid-19 di Mid
Valley, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK
Justeru, tidak mungkin rantaian Covid-19 dapat diputuskan seandainya
masih ada rakyat Malaysia mengambil ringan dan tidak kisah apa yang
dikuatkuasakan kerajaan sebaliknya meneruskan kehidupan seperti sebelum
ini tanpa berfikir tentang orang lain mahupun angka-angka kematian kes
meningkat ketika ini. –MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan