HALAMAN SANTAI

Isnin, 23 Mac 2020

Perak mula had waktu operasi perniagaan dari 7 pagi ke 7 malam

Pada 21 Mac, beberapa negeri termasuk Selangor, Kelantan, 
Terengganu dan Melaka memendekkan waktu operasi sesetengah 
premis perniagaan berikutan pelaksanaan perintah kawalan 
pergerakan bagi menangani pandemik koronavirus.
 
PETALING JAYA: Perak menjadi antara negeri yang turut mengehadkan waktu operasi perniagaan selepas pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi memerangi wabak Covid-19.

Dalam satu kenyataan, Jawatankuasa Keselamatan Negeri berkata, semua rangkaian restoran, termasuk restoran pandu lalu dan stesen minyak hanya dibenarkan beroperasi dari jam 7 pagi hingga 7 malam.
Pelaksanaan langkah ini turut membabitkan kedai serbaneka 24 jam,” kata kenyataan itu yang turut menyatakan hanya perniagaan dan premis yang disenarai sebagai perkhidmatan perlu dibenarkan meneruskan operasi.

Arahan ini kekal sehingga 31 Mac ini atau sehingga perintah kawalan pergerakan berakhir.

Pada 21 Mac, beberapa negeri termasuk Selangor, Kelantan, Terengganu dan Melaka memendekkan waktu operasi sesetengah premis perniagaan berikutan pelaksanaan perintah itu bagi menangani pandemik koronavirus.

Selangor mengarahkan kedai 24-jam dan restoran ditutup dari jam 12 tengah malam sehingga 6 pagi bermula pada 22 Mac, manakala ‘food truck’, pasar pagi dan pasar malam, kedai dobi serta perkhidmatan cuci kenderaan juga ditutup sehingga 31 Mac.

Pasar basah dibenarkan beroperasi dari jam 5 pagi hingga 6 petang, manakala pasar raya hanya dibenarkan beroperasi menjual barang makanan dan barangan runcit.

Sementara itu Kelantan, Terengganu dan Melaka mengumumkan kedai runcit dan kedai serbaneka-24 jam hanya dibenarkan beroperasi pada waktu siang.

Di Kota Bahru, pasar hanya dibenar beroperasi dari jam 7 pagi hinggia 2 petang, sementara premis lain dibenar beroperasi dari jam 7 pagi hingga 7 malam.

Ia turut membabitkan rangkaian restoran, khidmat penghantaran, pandu lalu dan perkhidmatan bawa pulang, termasuk pasar raya, kedai runcit, kedai serbaneka 24 jam, stesen minyak, klinik dan farmasi.

Majlis Perbandaran Kuala Terengganu turut mengarahkan pelaksanaan waktu operasi peniagaan yang sama, dengan bengkel baik pulih kenderaan dibenar beroperasi dari jam 9 pagi hingga 2 petang, manakala pasar borong Gong Pauh beroperasi dari jam 3 hingga 9 pagi.

Sarawak turut mengehadkan waktu perniagaan di negeri itu dari jam 7 pagi hingga 7 malam.

Tiada ulasan: