HALAMAN SANTAI

Khamis, 26 Mac 2020

Bayi 12 hari dijangkiti gelombang kedua Covid-19

Seorang bayi berusia 12 hari yang dilahirkan sebelum perintah 
kawalan pergerakan berkuatkuasa antara 2,032 kes positif Covid-
19 yang dilaporkan hari ini.
 
PETALING JAYA: Seorang bayi berusia 12 hari dijangkiti Covid-19 dalam gelombang ke-2 wabak itu, mangsa termuda selepas seorang kanak-kanak 2 tahun di Kelantan dalam gelombang pertama.

Bayi itu, yang dilahirkan sebelum perintah kawalan pergerakan berkuatkuasa 18 Mac, antara 2,032 kes positif Covid-19 yang dilaporkan hari ini.

“Butirannya kita akan maklumkan kemudian,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media di Kementerian Kesihatan hari ini.

Kanak-kanak berusia 2 tahun itu sepatutnya menjalani rawatan kemoterapi di Hospital Universiti Sains Malaysia, namun rawatan itu ditangguhkan selepas ujian darah mendapati dia positif Covid-19.

Perkara itu didedahkan Persatuan Sokongan Anak-anak Kanser (Pesona) di Facebook semalam.
Untuk rekod, individu berusia 83 tahun antara mangsa tertua disahkan positif Covid-19.

Tiada ulasan: