Presiden UMNO itu berkata, pengagihan dana itu adalah lebih besar daripada BSH dan BR1M yang pernah diagihkan oleh kerajaan sebelum ini.
Kata beliau, database yang dimiliki oleh kerajaan berkaitan dengan penerima yang layak dan katogerinya perlu dipastikan benar-benar tepat dan terkini memandangkan jumlah penerima pada kali ini adalah amat besar berbanding apa yang pernah dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini menerusi pemberian BRIM dan BSH.
“Kaedah dan mekanisme agihan serta penyaluran bantuan setiap kementerian dan agensi terlibat perlu jelas dan terperinci bagi memudahkan rakyat berurusan,” katanya.
Saat rakyat sedang bergelut dengan kesusahan dan kesukaran, kata Ahmad Zahid, keutamaan kerajaan adalah mencari solusi terbaik bagi merungkaikan kesukaran tersebut.
Pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) PRIHATIN oleh Perdana Menteri yang berjumlah RM 250 bilion, bertujuan membantu meringankan bebanan rakyat berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan pandemik COVID-19.
BACA:
Selain itu, Ahmad Zahid berkata, pembangkang juga perlu memberikan kerjasama dan dokongan kepada kerajaan bagi membendung penularan pandemik COVID-19 dan tidak mempolitikkan setiap usaha yang dilakukan kerajaan.
“Saya berharap kepada semua rakyat agar tenang dan tabah menghadapi dugaan ini.
“Kita bersama-sama berdoa semoga pandemik COVID-19 ini akan berakhir dengan kadar segera. Kepada Allah kita berserah,” kata Ahmad Zahid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan