MEDAN BERITA POLITIK : KE ARAH BERFIKIR, MENGINSAFI DAN BERTINDAK
HALAMAN SANTAI
Jumaat, 3 April 2020
'Nama asal kementerian bahasa Melayu kenapa tukar ke bahasa Inggeris?'
MALAYSIAKINI
Anggota
Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong mempersoalkan pengumuman
Kementerian Alam Sekitar dan Air menukar nama singkatan asal
kementerian itu daripada bahasa Melayu 'Kas' kepada Bahasa Inggeris
'Mewa'.
"Boss tak mau komen pasal maksud Mewa dalam bahasa Kelate.
Tapi boss pelik la. Nama kementerian asal bahasa Melayu, kenapa tukar
ke bahasa Inggeris," kata Sim yang membahasakan dirinya 'boss' dalam
satu hantaran di Facebook hari ini.
Beliau mengulas keputusan
kementerian tersebut semalam mengumumkan penjenamaan semula Kementerian
Alam Sekitar (KAS) kepada Kementerian Alam Sekitar dan Air, dengan
singkatan Mewa.
Tidak berapa lama kemudian, satu portal berita melaporkan singkatan baru berdasarkan
nama kementerian dalam bahasa Inggeris - Ministry of Environment and
Water itu- bermakna 'bingung' atau 'bodoh' dalam dialek Kelantan.
Steven
yang juga bekas timbalan menteri Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
teringat bagaimana Pakatan Harapan (PH) diserang apabila satu program
anjuran kementerian berkenaan menggunakan Bahasa Inggeris.
"Boss
masih ingat lagi dulu di KBS bila salah satu program di bawah Bulan
Sukan Negara guna bahasa Inggeris, kena kecam kiri kanan macam dunia nak
kiamat. Dewan Bahasa kecam, NGO kecam. Itu nama satu program sahaja.
"Ini
nama satu kementerian kena tukar jadi Bahasa Inggeris macam mana pula?
Takkan dah dibolehkan sekarang. Takkan nak "ikut" PH pula.
"Mana
perginya suara-suara pejuang bahasa? Diam seribu bahasa sebab tak boleh
salahkan DAP sekarang? Tanya je, jangan marah," katanya.
Bagaimanapun,
menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata singkatan
nama baru kementeriannya, Mewa masih dalam peringkat perbincangan dan akan diputuskan dalam peringkat kementerian nanti.
“Buat masa ini kita kekal dengan nama penuh Kementerian Alam Sekitar dan Air,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Sementara itu, Steven juga mencadangkan beberapa nama baru kepada kementerian itu untuk dipertimbangkan.
"Singkatan
dengan maksud yang baik dan berkaitan tugasan kementerian: Kasa-
sejenis kain halus, ringkasan 'perkasa', 'angkasa', Kelita - bahasa
Iban, sejenis lampu pelita yang digunakan untuk menyuluh rumah panjang,
Kemala - batu geliga alam dalam legenda nusantara, nama pena Sasterawan
Negara, Dato Dr. Haji Ahmad Kamal bin Abdullah dan Kelama - sejenis
tumbuhan herba berkhasiat yang boleh didapati di merata tempat di Asia
Tenggara.
"Antaranya singkatan dengan bunyi baik tanpa maksud
sebenar atau sempurna: Kelitar, Kamir dan Kemir. Mohon pertimbangan YB
Menteri Mewa. Semoga lancar segala usaha YB di kementerian," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan