Perkara yang perlu dititikberatkan ialah pelaksanaan serta penyampaian menyeluruh dan pantas supaya impak pandemik Koronavirus (Covid-19) dapat diatasi.
[BACA] COVID-19: Malaysia bankrap kalau pembangkang `sedap meracau’ — Suara Merdeka
[BACA] Warga Indonesia puji untungnya jadi rakyat Malaysia — Suara Merdeka
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menerusi satu
kenyataan dalam Facebooknya berkata, satu pakej ‘Selamatkan Ekonomi’
adalah sesuatu yang diperlukan oleh negara terjejas teruk.“Tetapi satu pakej Selamatkan Ekonomi yang menyeluruh dan laju,” katanya.
Dalam pada itu, beliau juga mengandaikan pakej tersebut yang ditawarkan oleh negara-negara terjejas dilihat tidak mampu mengatasi impak pasca-pandemik Covid-19.
“Walaupun pakej rangsangan daripada kerajaan Sepanyol adalah sebesar 220 bilion Dolar Amerika Syarikat (AS) (RM960 bilion) atau 20% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
“Malaysia RM250 bilion, 16 peratus daripada KDNK,” jelasnya.
[BACA] Covid-19: PM umum bantuan khas isi rumah — Suara Merdeka
[BACA] COVID-19: Cegah ketirisan dalam penyaluran bantuan untuk manfaat optimum – Raja Muda Perlis — Suara Merdeka
Sebelum itu, portal Yahoo! Finance melaporkan,
bekas Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Rumah Putih, Jason Furman
memberi amaran bahawa pakej rangsangan bernilai 220 bilion Dolar AS
mungkin tidak cukup.Menurutnya, pengumuman pakej tersebut adalah yang terbesar dan terpantas pernah diluluskan Kongres. Bagaimanapun, ia belum tentu cukup.
“Dari sudut lain, saya puji kepantasan Kongres meluluskan pakej yang besar itu. Tetapi, dalam sesuatu tahap ia mungkin tidak memadai dalam menghadapi masalah (Covid-19) yang lebih besar dan laju,” katanya.
Tambah Furman lagi, kerajaan perlu pendekatan yang memerlukan semua kerja dibuat serentak berikutan masalah rakyat kehilangan pekerjaan meningkat kepada 3.283 juta orang.
Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bernilai RM250 bilion.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan