Rosmah Mansor, isteri bekas perdana menteri Najib Razak, layak menerima RM800 di bawah program Bantuan Prihatin Nasional (BPN).
Bagaimanapun, Najib yang juga MP Pekan tidak layak mendapat BPN.
Semakan dibuat selepas beberapa netizen membangkitkan isu ini dalam talian dengan menggunakan kad pengenalan pasangan itu yang didapatkan daripada dokumen mahkamah.
Malaysiakini telah menghubungi Najib dan Rosmah bagi mendapatkan penjelasan.
Semakan
selanjutnya terhadap status bantuan BPN yang diterima Rosmah pada jam
11.50 malam bagaimanapun menunjukkan "tiada rekod."
RM800 akan dibayar kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April dan baki RM300 pada bulan Mei.
Sementara itu, hampir 4 juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah akan menerima BPN RM1,6000. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April dan RM600 pada bulan Mei.
Untuk rekod, anggota parlimen mendapat gaji bulanan RM16,000 ditambah elaun lain.
Bagaimanapun, Oriental Daily melaporkan terdapat kelompongan dalam sistem BPN apabila individu yang tidak layak masih menerima bantuan tersebut, manakala sesetengah netizen mendakwa mereka "tidak lulus" walaupun mereka menepati syarat-syarat penerima bantuan tunai itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan