
KUALA LUMPUR – Menyedari keterlanjuran kenyataan yang dikeluarkannya, Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad hari ini tampil memohon maaf.
Abd. Latiff mengaku salah dan meminta maaf adalah sifat azali Adam, bukan sombong macam iblis, sudahlah salah tetapi tidak mahu mengalah dan derhaka.
Meskipun begitu, beliau yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata, kenyataannya telah disalah tafsir hingga mengecilkan hati sesetengah pihak.
”Kenyataan itu adalah kenyataan peribadi bukan mewakili parti. Saya dengan rendah diri Ingin memohon maaf sekiranya kenyataan Saya itu menyinggung perasaan sesetengah pihak,” katanya seperti yang dilaporkan oleh PN BBC.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Abd. Latiff yang mendakwa UMNO Sabah tidak sudah tidak laku menjadi viral di laman sosial.
Artikel berkaitan: Ambil balik Mersing, kata Najib
Abd. Latiff berkata: “Orang Sabah, dia tak panggil lompat. Dia kata hijrah, biasa. Daripada Berjaya pergi ke USNO, Berjaya pergi PBS, PBS pergi UMNO.
”Sekarang ini UMNO dah tak laku la. I mean parti la, UMNO di Sabah lah. Itu realitinya kerana orang sudah tidak yakin. Semua orang dia dah lompat, dia hijrah ke Bersatu”.
Mengulas lanjut, Menteri itu berkata, selaku ahli Parti Bersatu, beliau mendukung penuh hasrat Perikatan Nasional.
“Musuh sebenar adalah pihak lawan, Jangan biarkan kita bercakaran. Saya sekali lagi memohon maaf atas kekhilafan Saya” katanya. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan