HALAMAN SANTAI

Rabu, 8 Julai 2020

Ketua NGO disoal siasat polis berkait catatan FB ke atas imigresen

Heidy Quah disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah
serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penyalahgunaan
kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

PUTRAJAYA: Pengarah badan bukan kerajaan (NGO), Refuge for the Refugees, Heidy Quah memberikan kenyataan kepada polis berhubung catatan di Facebooknya berkaitan dakwaan penganiayaan terhadap pelarian di pusat tahanan imigresen.

Wanita berusia 26 tahun itu yang diiringi peguamnya New Sin Yew, memberikan keterangan kira-kira 2 jam di ibu pejabat polis daerah Putrajaya.

Bercakap di luar balai polis itu, Quah berkata, beliau menyerahkan telefon bimbitnya kepada polis dan memberikan kerjasama penuh bagi membantu siasatan.

New berkata, Quah disiasat susulan satu laporan polis yang dibuat Jabatan Imigresen terhadap catatan di Facebooknya.

Beliau berkata, Quah disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penyalahgunaan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Tiada ulasan: