HALAMAN SANTAI

Sabtu, 11 Julai 2020

Mahukah Anwar sertai Muafakat Nasional?

Sarawakvoice.com

KUALA LUMPUR: Muafakat Nasional (MN) tidak menolak kemungkinan jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kemnya menyertai mereka, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim.

Bagi beliau PAS dan Umno terbuka menerima mana-mana parti politik asalkan bertunjangkan perjuangan kesejahteraan rakyat dan negara.

Beliau bercakap dalam program siaran langsung Bicara Harakah Khamis malam, di Facebook Harakah TV membincangkan topik “Bubarkah Parlimen selepas Julai 2020?”

Turut menjadi tetamu jemputan Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan yang menyambut baik komentar Ahli Parlimen Pendang itu.

Bagi Ahmad Maslan keputusan menerima atau tidak Presiden PKR itu bersama kemnya haruslah melalui rundingan dan perbincangan pucuk pimpinan terlebih dahulu.

Muafakat Nasional menurutnya mengalu-alukan ahli baharu yang mampu membawa kesejahteraan kepada rakyat dan negara.

Tiada ulasan: