Menerusi
satu muat naik status di laman Facebooknya, Muhyiddin turut berdoa
semoga Allahyarham ditempatkan bersama orang beriman. - Foto Fail
Menerusi satu muat naik status di laman Facebooknya, Muhyiddin turut berdoa semoga Allahyarham ditempatkan bersama orang beriman.
"Saya dan keluarga mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham atas pemergian insan tersayang.
"Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah," kongsi Muhyiddin di laman sosialnya.
Mohd Khusairi dilaporkan meninggal dunia petang tadi apabila dikatakan tiba-tiba rebah ketika bermain golf di Awana Genting Highlands Golf & Country Resort.
Allahyarham yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim dilaporkan meninggal dunia di Hospital Bentong, Pahang kerana mengalami serangan jantung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan