https://ohmymedia.

Tidak dapat dinafikan, sekarang ini ramai golongan transgender semakin berani mendedahkan diri dalam kalangan masyarakat. Malah, bilangan mereka sudah tidak terkira lagi membiak di negara ini.
Berhubung isu tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, menerusi status di Facebook mengeluarkan kenyataan berkaitan inisiatif mendidik golongan transgender di Malaysia.
Tangkap & tarbiah kembali ke pangkal jalan
Beliau berkata, Islam adalah agama yang mendidik dan pihaknya tidak mahu golongan transgender ini ditangkap semata-mata tanpa memberikan kesedaran kepada mereka.
- “Kita tidak hanya mahu tangkap semata-mata tetapi yang paling utama adalah tarbiah (pendidikan) dengan cara yang paling berhikmah supaya mereka semua (transgender) kembali ke pangkal jalan…”
- “Islam adalah agama yang mendidik. Ini perlukan usaha yang bersepadu dari semua agensi di bawah JPM (Hal Ehwal Agama)…”
Saya
beri lesen penuh kepada semua penguatkuasa JAWI untuk laksanakan fungsi
Bahagian Penguatkuasaan JAWI dengan sebaiknya di Wilayah Persekutuan.
Dengan syarat, patuhi SOP yang telah ditetapkan.
Kita tidak
hanya mahu tangkap semata-mata tetapi yang paling utama adalah tarbiah
(pendidikan) dengan cara yang paling berhikmah agar mereka semua
(transgender) kembali ke pangkal jalan. Islam adalah agama yang
mendidik. Ini perlukan usaha yang bersepadu dari semua agensi di bawah
JPM (Hal Ehwal Agama).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan