HALAMAN SANTAI

Sabtu, 18 Julai 2020

Shafie sokong cadangan lebih 1 per 3 kerusi Parlimen diperuntukkan ke Sabah, Sarawak

Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal berkata, beberapa kawasan Parlimen di negeri
itu dan Sarawak adalah jauh lebih besar daripada kawasan di semenanjung.

RANAU: Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal berkata, dia menyokong sebarang langkah untuk meningkatkan jumlah kerusi Parlimen menjadi lebih 1 per 3 bagi Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, Sabah tidak akan menentang cadangan yang baik kerana beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak jauh lebih besar dari yang ada di Semenanjung Malaysia.

“Misalnya Kinabatangan. Ia jauh lebih besar dari Pahang tetapi Pahang mempunyai 14 kerusi Parlimen, Kinabatangan hanya mempunyai 1.

“Sama dengan Perlis, yang lebih kecil dari Lahad Datu. Walaupun seluruh pantai timur Sabah hanya mempunyai satu kerui Parlimen, Perlis mempunyai 4,” katanya selepas melancarkan taman pengeluaran makanan tetap hari ini.

Tiada ulasan: