HALAMAN SANTAI

Khamis, 16 Julai 2020

Ternyata Berbeza...

Tengok beza orang pandai dengan orang memandai mandai.

Memandai mandai suruh orang makan minyak sawit direct. Nak suruh mati cepat? - Aziza Aisha Zachary


Lebih Sesudu Gempita Seakan Hebat Belaka.

Ada ketika bila berbicara perlu lihat kita dimana dan siapa di hadapan kita , jika tidak seakan mempamerkan kelemahan kita sahaja percuma.

Jika mampu sesudu jangan resah orang lain mampu sebaldi kelak kita akan malu sendiri. Itulah yang berlaku bila YB Seputeh seakan cuba nasib membuktikan betapa hebatnya sudu.

Gempita suara seakan hebat dan diangkat sebagai hero namun pasti rakyat tidak lupa dengan kehebatan sesudu minyak sawit yang pernah satu ketika menjadi hiburan rakyat di kala sepi.

Tahniah YB Menteri , teruskan usaha memperkasakan produk dengan bijaksana , biarkan mereka yang bijaksini terus menggigit jari akhirnya sendu sendiri.

Dari Kaca Mata

Pak Mail
Bekas Pengusaha Sudu
Wilayah Selatan

Tiada ulasan: