Memetik
AUM tersebut, Dr Mahathir akan mengemukakan usul tersebut menerusi
Peraturan Mesyuarat 26(1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27(3)
Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat. - Foto Fail
KUALA LUMPUR: Usul undi tidak percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri diterima Dewan Rakyat untuk dibahaskan.
Ia selepas usul persendirian daripada Tun Dr Mahathir Mohamad itu tersenarai dalam giliran ke-27 Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul (AUM DR 13/7/2020).
Memetik AUM tersebut, Dr Mahathir akan mengemukakan usul tersebut menerusi Peraturan Mesyuarat 26(1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27(3) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.
"Bahawa Dewan ini memberi kebenaran kepada Ahli Yang Berhormat bagi kawasan Langkawi untuk mencadangkan suatu usul iaitu menurut Peraturan Mesyuarat 26(1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27(3), dalam Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, mengemukakan resolusi untuk membuat ketetapan bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin bin Yassin sebagai Ahli Yang Berhormat Pagoh tidak mempunyai keyakinan majoriti Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat," memetik usul tersebut.

Menerusi AUM DR 13/7/2020, beberapa usul menyokong Muhyiddin selaku Perdana Menteri turut tersenarai.
BACA: Azhar Harun calon YDP Dewan Rakyat, Azalina timbalan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan