Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR
JOHOR BAHRU: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bakal ‘berhijrah’ ke Parlimen Batu Pahat?
Demikian persoalan dan desas-desus mengatakan Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) itu bakal ‘berhijrah’ dari Parlimen Gombak ke Batu Pahat pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) yang tersebar dalam media sosial.
Perkara itu tersebar melalui poster didakwa dikeluarkan Pemuda Negara dan Penggerak Komuniti Negara Negeri Johor yang menyatakan sokongan Mohamed Azmin sebagai calon Ahli Parlimen Batu Pahat.
“Pemuda Negeri dan Penggerak Komuniti Negara Negeri Johor menyatakan sokongan penuh Datuk Seri Azmin Ali sebagai calon P150 Batu Pahat pada PRU-15,” tulis poster berkenaan.
Penyandang kerusi Parlimen Batu Pahat adalah Datuk Mohd. Rashid Hasnon yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Dalam pada itu, Ketua Pemuda Negara Johor, Saiful Bahri berkata, poster itu adalah palsu dan menafikan poster itu dikeluarkan pihaknya.
Katanya, ia dikeluarkan pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan tidak berasas dan hanya ingin memecahkan perpaduan Pemuda Negeri Johor. – UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan