HALAMAN SANTAI

Khamis, 3 Disember 2020

Dewan Rakyat tugaskan pemerhati pantau kiraan undi belah bahagi

MALAYSIAKINI

Malaysiakini

Dewan Rakyat hari ini menugaskan pemerhati bagi setiap ketua blok ketika undi belah bahagi dijalankan dalam usaha memperbaiki proses berkenaan.

Speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun berkata, setiap pemimpin blok yang membuat pengiraan akan dipantau oleh seorang ahli parlimen daripada pihak lawan.

Berikut adalah ketua blok dan pemerhati yang ditugaskan memantau mereka:

  • Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) dipantau oleh Chang Lih Kang (PH-Tanjung Malim)
  • Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) dipantau oleh V Sivakumar (PH-Batu Gajah)
  • Shahbudin Yahaya (PN-Tasek Gelugor) dipantau oleh Noor Amin Ahmad (PH-Kangar)
  • Shahidan Kassim (BN-Arau) dipantau oleh
  • Hasanuddin Mohd Yunus (PH-Hulu Langat)
  • Wong Shu Qi (PH-Kluang) dipantau oleh Mohd Fasiah Mohd Fakeh (PN-Sabak Bernam)
  • Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) dipantau oleh Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas)
  • Mohd Hatta Ramli (PH-Lumut) dipantau oleh Salim Sharif (BN-Jempol)
  • Nurul Izzah Anwar (PH-Permatang Pauh) dipantau oleh Ahmad Maslan (BN-Pontian)
  • Johari Abdul (PH-Sungai Petani) diperhatikan oleh Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti)

Para pemerhati akan diminta mengundi terlebih dahulu, sebelum memantau kiraan.

Perubahan ini dibuat selepas Shabudin tersilap menandakan sokongan dari Nazri Aziz (BN-Padang Rengas) semasa undi belah bahagi bagi peruntukan Belanjawan 2021 untuk Kementerian Kewangan pada Isnin lalu, sedangkan menteri berkenaan tidak hadir.

Shahbudin bagaimanapun meminta maaf atas kesalahan tersebut.

Malaysiakini juga dimaklumkan terdapat kesilapan dalam hansard apabila Dr Michael Teo (PH-Miri) dicatat sebagai tidak hadir semasa undi belah bahagi pada Isnin itu.

Teo terlepas undian pertama pada jam 2.30 petang dan hadir semasa undian kedua pada jam 4.30 petang.

Ada kemungkinan pegawai perlimen menyangka Teo adalah ahli politik PKR yang lain iaitu Dr Lee Boon Chye (PH-Gopeng), yang menurut beberapa saksi dan pembantu Lee, tidak ikut serta dalam undian kedua.

Perkara itu kemudian telah diperbetulkan.

Tiada ulasan: