Ketiga-tiga Adun PKR Perak tidak akan menyokong usul undi percaya terhadap Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu pada persidangan dewan undangan negeri Perak akan datang.
Pada sidang media hari ini, Adun Simpang Pulai Tan Kar Hing berkata, bahawa PKR Perak telah memutuskan dalam satu mesyuarat untuk menolak usul yang dibawa oleh Adun Pengakalan Baharu Umno, Abdul Manaf Hashim.
"Kedudukan kami adalah, jika usul itu dibahaskan dalam DUN, kami tidak akan menyokong usul itu, kami tidak akan menyokongnya (Ahmad Faizal)," katanya.
"Ini adalah usul yang dibawa oleh wakil rakyata kerajaan. (Kami tidak tahu) jika ada agenda tersembunyi di belakangnya, misalnya untuk menunjukkan sokongan atau sebaliknya, kamu harus tanyanya (Abdul Manaf)," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan