Muhafandi Muhamad
Ahmad
berkata, penglibatan parti Melayu bukan hanya antara Pas dan UMNO
sahaja, sebaliknya perlu melibatkan parti lain termasuk Bersatu.
KOTA BHARU:
Pas berpendapat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak boleh
diketepikan dalam perjuangan politik dan usaha mengekalkan perpaduan
Melayu.
Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk
Ahmad Yakob berkata, penglibatan parti Melayu bukan hanya antara Pas dan
UMNO sahaja, sebaliknya perlu melibatkan parti lain termasuk Bersatu.
Beliau
berkata, penggabungan dengan semua parti Melayu lebih baik dalam usaha
mengekalkan kuasa bagi menghadapi pilihan raya akan datang.
"Bagi
saya, lebih baik kita bersama... bukan sahaja dua parti, tapi
parti-parti Melayu bersama dalam satu usaha untuk mengekalkan kuasa.
"Dan
kita meraikan pelbagai bangsa dan agama dalam negara kita... kita
raikan, bagi saya lebih besar lebih baik... satu berkas lidi, kalau dah
besar banyak guna... lebih kuat," katanya.
Ahmad berkata demikian ketika ditemui selepas mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) di sini, hari ini.
Beliau
mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled
Nordin, hari ini, yang berpandangan UMNO dan Pas melalui Muafakat
Nasional mampu menguasai kerajaan.
Beliau
dilaporkan berkata, misi UMNO adalah menguasai semula kerajaan melalui
BN dengan kerjasama PAS dan tiada siapa patut menghalangnya.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata sudah lama parti Melayu bertelagah yang mengakibatkan kerugian kepada orang Melayu dan Islam.
"Bagaimanapun
Allah mentakdirkan penyatuan antara UMNO, Pas dan Bersatu... yang
merupakan peluang diberikan untuk memperbetulkan keadaan.
"Ini menimbulkan kesedaran kepada rakyat bahawa tidak sepatutnya orang melayu bertelagah kerana parti," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan