HALAMAN SANTAI

Khamis, 3 Disember 2020

RUU Perbekalan 2021 peringkat jawatan kuasa MITI lulus

Oleh MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatan kuasa bagi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menerusi undi belah bahagian.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun ketika mengumumkan keputusan undian berkata, sejumlah 110 undi menyokong, 104 tidak bersetuju manakala enam ahli Parlimen tidak hadir.

Undian belah bahagi dijalankan selepas lebih 15 ahli Parlimen bangun menyokong supaya RUU itu diputuskan menerusi kaedah itu.

Sesi penggulungan RUU bagi Kementerian Perdagangan Antarabngsa dan Industri dilakukan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri diperuntukan sebanyak RM1.206 bilion bagi tahun 2021 dalam Belanjawan 2021.

Daripada jumlah itu, RM582.34 juta diperuntukan untuk perbelanjaan mengurus dan RM623.89 juta bagi perbelanjaan pembangunan.

Sebelum ini Kementerian Kewangan, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta Jabatan Perdana Menteri (JPM) di bawah Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa berjaya melepasi pembangkang apabila ia dibentang untuk undian belah bahagi.

Terdahul, Azhar menetapkan ketua blok yang ditugaskan mengira undi dipantau oleh wakil pemerhati dari parti berlawan selepas insiden kesalahan pengiraan undian bagi RUU Perbekalan 2021 peringkat jawatan kuasa bagi Kementerian Kewangan Isnin lalu. – UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: