HALAMAN SANTAI

Selasa, 1 Disember 2020

Sidang Dewan Rakyat terjejas akibat amaran kebakaran

Amaran kebakaran berbunyi ketika waktu pertanyaan menteri berlangsung 
dalam Dewan Rakyat. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat terjejas seketika hari ini akibat amaran kebakaran.

Amaran kebakaran itu berbunyi selepas 10 minit sidang Dewan Rakyat bermula 10 pagi tadi, ketika waktu pertanyaan menteri berlangsung.

Susulan itu, Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun segera menangguhkan persidangan.

Bagaimanapun, setiausaha bahagian keselamatan Parlimen kemudiannya memaklumkan ia adalah amaran palsu.

Oleh itu, sidang Dewan Rakyat disambung semula kira-kira 10.37 pagi tadi.

Azhar berkata, berlaku sedikit masalah teknikal dan puncanya sedang disiasat sekarang.

Tiada ulasan: