HALAMAN SANTAI

Selasa, 1 Disember 2020

'Apakah ketua pembangkang akan letak jawatan?' — Annuar soal Anwar


KUALA LUMPUR —
Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa mempersoalkan sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melepaskan jawatan sebagai ketua pembangkang di parlimen.

Kenyataan Annuar itu dibuat selepas pembangkang gagal dalam undi belah bahagian bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2021 peringkat Jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Pembangkang tewas lagi. Ditewaskan mereka sendiri. Apakah kini ketua pembangkang akan meletakkan jawatan?” soal Annuar di media sosial.

Hari ini, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 peringkat Jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan peruntukan lebih RM4.47 bilion menerusi undi belah bahagian.

Sejumlah 105 undi menyokong, 95 tidak bersetuju manakala 20 ahli parlimen dilaporkan tidak hadir.

Sebelum ini, beberapa ahli parlimen mendakwa Anwar berjanji untuk melepaskan jawatan sebagai ketua pembangkang di parlimen jika gagal mendapat sokongan.

Bagaimana pun, perkara tersebut dinafikan pejabat ketua pembangkang itu selain mendakwa ia merupakan tuduhan palsu.

Tiada ulasan: