Mohamad Fadli
KUALA LUMPUR: Kerajaan belum bercadang untuk membawa usul membahaskan laporan tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) di Dewan Rakyat, kerana tidak mempunyai masa mencukupi untuk membahaskan laporan itu.
Ini memandangkan urusan kerajaan perlu didahulukan di Dewan Rakyat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan.
“Sekiranya ada Ahli Parlimen berminat untuk membahaskan perkara ini, secara tidak langsung, mereka boleh memetik kandungan-kandungan yang ada dalam laporan ini untuk menjadi bahan-bahan perbahasan yang sesuai dalam masa-masa yang sesuai,” katanya di Dewan Rakyat.
Fahmi minta kerajaan menyatakan sama ada ia berniat membenarkan laporan tahunan itu dibahaskan di Dewan Rakyat seperti tahun lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan