Farhana Joni
Shahril
Hamdan dan Wan Saiful Wan Jan dalam Dialog UMNO Bersatu
mengupas
mengenai hubungan antara dua parti tersebut serta kemelut
politik Perak.
- Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Orang UMNO, sama ada yang progresif mahupun konservatif tidak boleh berada pada kedudukan second fiddle atau tempat kedua pada tempoh yang lama.
Demikian
penjelasan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan mengenai hubungan
politik yang dijalinkan antara parti tersebut dengan Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (Bersatu).
Jelas beliau, perasaan itu bagaimanapun bukan bermakna UMNO tidak memikirkan tentang rakyat, polisi dan dasar.
"Kekuatan
asas UMNO merupakan aset yang tidak boleh dinafikan, walaupun kita
perlukan undi atas pagar, tetapi apaibla undi itu berpecah-belah, siapa
yang ada kekuatan asas paling besar, dia adalah parti yang mempunyai
aset yang paling besar.
"Jadi,
walaupun kita membawa kepada lembaran poilitik baharu, ada perkara
tertentu, saya harap rakan saya dalam Pas dan Bersatu boleh hormati
dengan pendirian UMNO ini.
"Tidaklah
bermaksud kita akan buli, tapi akan ada beberapa perkara yang kita akan
pohon mencerminkan kedudukan dominan UMNO ini," katanya.
Beliau berkata demikian dalam Program Dialog UMNO-Bersatu yang disiarkan di saluran 501 pada Jumaat.
Dalam
perkembangan sama, Shahril Hamdan berkata, situasi yang berlaku di
Perak pada Jumaat merupakan peluang kepada Bersatu untuk mengangkat
Menteri Besar dalam kalangan UMNO.
"Sebelum
ini ADUN UMNO lebih ramai dalam sidang DUN Perak dan Ahli Parlimen UMNO
lebih ramai dalam Dewan Rakyat, boleh mengangkat MB dan PM daripada
Bersatu, ini peluang kepada Bersatu," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan