Fareez Azman
Setiausaha
Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata demikian
dalam satu
kenyataan media pada Jumaat. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR:
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menzahirkan rasa kesal
berhubung situasi yang berlaku dalam persidangan Dewan Undangan Negeri
(DUN) Perak hari ini.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam satu kenyataan media sebentar pada Jumaat.
"Biro
Politik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam mesyuaratnya
petang ini menzahirkan rasa amat kesal dengan apa yang berlaku dalam
persidangan Dewan Undangan Negeri Perak pada hari ini.
"Bersatu
ambil maklum bahawa Usul Keyakinan Majoriti Ahli Dewan terhadap YAB
Menteri Besar Perak telah ditolak oleh UMNO dan Pakatan Harapan,"
jelasnya.
Tambah
Hamzah, Bersatu sentiasa berpegang teguh dengan prinsip persefahaman
dan kerjasama yang terbentuk antara parti-parti Kerajaan Perikatan
Nasional (PN) sejak awal tahun ini demi kesejahteraan rakyat dan
kemakmuran negara.
"Sehubungan
itu, Bersatu ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada 4 ADUN
Bersatu, 3 ADUN Pas, 1 ADUN UMNO dan 2 ADUN Bebas yang telah menyokong
Usul Keyakinan Majoriti Ahli Dewan terhadap YAB Menteri Besar Perak.
"Bersatu
akan memantau situasi semasa dan akan terus bersama Pas dan teman-teman
parti anggota Perikatan Nasional yang lain dalam membuat keputusan
selanjutnya," katanya lagi.
Terdahulu,
ADUN Chenderiang yang juga Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal
Azumu gagal mendapat sokongan majoriti dalam usul undi percaya
terhadapnya di Sidang Dewan Undangan Negeri pagi Jumaat dengan 48
menolak manakala 10 lagi ADUN menyokong dan satu undi berkecuali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan