HALAMAN SANTAI

Khamis, 21 Januari 2021

Annuar dakwa beberapa pemimpin Umno ‘mensendirian berhadkan’ parti

MINDA RAKYAT


PETALING JAYA:
Menteri kerajaan Perikatan Nasional, Annuar Musa, terus mengkritik beberapa pihak dalam Umno yang tidak dinamakan, mendakwa ada beberapa pemimpin Umno “mensendirian berhadkan” parti.

Beliau juga membidas beberapa “tukang penulis naratif” di “menara” – dipercayai merujuk Menara Dato Onn di mana terletaknya ibu pejabat Umno – yang katanya sibuk mereka cerita untuk menghalalkan perbuatan beberapa pemimpin itu.

“Keputusan parti dengan mudah dilanggar dan mereka terlepas tidak dikena tindakan,” katanya di Facebook.

Annuar semasa membuat dakwaan itu menulis tentang usaha “menakut-nakutkan” ahli Umno kononnya mereka perlu watak untuk melindungi parti daripada pengaruh PPBM atau PAS.

Katanya, Umno akan terus utuh dan kuat selagi mana ia tidak diperalat serta dipimpin oleh “mereka yang diterima rakyat”.

“Jangan pula Umno di-Anwar-kan,” tambahnya.

Annuar sebelum ini mendedahkan beliau mempunyai bukti nyata Zahid memberikan surat sokongan untuk Agong melantik Anawr sebagai perdana menteri, sekali gus menjatuhkan kerajaan PN.

Pendedahan itu dibuat pada hari Zahid dijadualkan bermesyuarat dengan ketua-ketua bahagian Umno, yang kebanyakannya mahu memutuskan kerjasama dengan PPBM.

Tiada ulasan: