HALAMAN SANTAI

Jumaat, 29 Januari 2021

Bersatu Pulau Pinang saran Umno lepas jawatan GLC jika mahu keluar PN


Bersatu Pulau Pinang saran Umno lepas jawatan GLC jika mahu keluar PN

Semua pimpinan Umno Pulau Pinang disarankan supaya segera melepaskan semua jawatan dalam GLC jika mahu memutuskan hubungan dengan Bersatu sepertimana yang dizahirkan oleh Pengerusi Umno negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Bendahari Bersatu Pulau Pinang, Huzair Osman berkata, sekiranya pimpinan Umno Pulau Pinang yang telah pun mendapat pelbagai jawatan dalam GLC negeri ingin memutuskan hubungan dengan Bersatu, maka mereka mesti segera melepaskan kesemua jawatan yang telah dipegang dalam GLC Pulau Pinang.

“Jika pimpinan Umno tersebut mempunyai maruah, mereka harus segera melepaskan kesemua jawatan GLC negeri ini yang telah diberikan kepada mereka.

“Walaupun Perhimpunan Agung Umno ditangguhkan tetapi telah ada usul dan Pengerusi Umno Pulau Pinang telah pun menyatakan usul tersebut tidak boleh diketepikan sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan mereka,” katanya kepada Malaysia Dateline.

Sehubungan itu, Huzair yang juga Ketua Bersatu Bahagian Bagan berkata jalan terbaik bagi semua pimpinan Umno di Pulau Pinang ialah melepaskan segera jawatan yang mereka pegang dalam GLC Pulau Pinang secepat mungkin.

Tiada ulasan: