Firdaus Azil
Hasan berkata, polemik politik murahan seperti itu hanya akan melenyapkan
sistem dan parti UMNO itu sendiri.
KUALA LUMPUR:
Kegagalan UMNO dan Barisan Nasional (BN) menerajui kerajaan pada
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bukan alasan untuk sesetengah akar umbi
parti hilang adab serta menggadaikan institusi kepresidenan, tegas Datuk
Hasan Abd Rahman.
Ketua UMNO Bahagian
Jasin itu berkata, beliau kecewa ada akar umbi yang termakan dengan
hasutan untuk memecah-belahkan parti dengan menyeru Presiden UMNO, Datuk
Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan.
Tegasnya
lagi, perbuatan itu adalah bertentangan dengan budaya orang Melayu
kerana tidak beradab dan wajar digelar sebagai petualang dalam parti.
“Polemik
politik murahan sebegini hanya akan melenyapkan sistem dan parti kita
sendiri. Tanamkan keyakinan dan sokongan kepada institusi Presiden,
Timbalan dan barisan MKT (Majlis Kerja Tertinggi) UMNO Malaysia.
“Ikutlah
budaya kita orang Melayu. Perbezaan pendapat itu perkara biasa, setiap
kesilapan tidak semestinya kesalahan tetapi janganlah mengkhianati
perjuangan nan suci,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hasan berkata, akar umbi parti diseru menyantuni rakyat dengan mengembalikan keyakinan terhadap UMNO.
Tambahnya
lagi, fokus juga harus diberikan kepada usaha memulihkan ekonomi negara
dan rakyat akibat terkesan dengan wabak pandemik COVID19.
“Perbezaan
pendapat itu perkara biasa, setiap kesilapan tidak semestinya kesalahan
tetapi janganlah mengkhianati perjuangan nan suci.
“Kita
semua perlu ada kekuatan diri dalam menghadapai pelbagai cabaran, ini
kerana setiap kelemahan akan mempengaruhi psikologi. Justeru itu, UMNO
Bahagian Jasin konsisten untuk memperjuang dan menjuarai isu rakyat dulu
kini dan selamanya,” katanya lagi.
Justeru
beliau berkata, semua ahli perlu menggunakan sokongan dan mandat UMNO
dalam Belanjawan 2021, untuk semua pihak menerima manfaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan