HALAMAN SANTAI

Jumaat, 29 Januari 2021

Peralihan jawatan Presiden AS hanya tukar pemain, corak permainan masih sama - Hadi Awang

Hafizi Rosli
Peralihan jawatan Presiden AS hanya tukar pemain, corak permainan masih sama - Hadi Awang
Abdul Hadi percaya Biden akan tetap meneruskan polisi sama AS, namun dengan 
pendekatan berbeza iaitu secara halus. - Gambar fail
 
KUALA LUMPUR: Peralihan jawatan Presiden Amerika Syarikat daripada Donald Trump kepada Joe Biden dijangka tidak banyak mengubah dasar luar negara itu terhadap negara Islam.
 
Menurut Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Joe Biden yang memenangi Pemilihan Presiden lalu tetap akan meneruskan polisi sama, namun pendekatannya berbeza dengan secara halus.
 
“Maka dipilih pendekatan diplomatik yang lembut supaya masuk ke dalam pengaruhnya, dan dapat diletak serta diatur dalam percaturannya.
 
“Begitulah juga, realiti politik di Amerika Syarikat laksana papan dan buah catur yang sama, hanya sekadar bertukar pemainnya sahaja,” jelas Abdul Hadi dalam hantaran di laman Facebooknya pada Khamis.
 
Tambah Abdul Hadi, Biden sendiri adalah penyokong dasar terdahulu terhadap Israel dan campur tangan ke dalam urusan negara Islam.
 
Ia termasuk menyerang Afghanistan, ‘mengkhadamkan’ puak Kurdi di sempadan Turki, Syria, Iraq dan Iran.
 
Selain itu ia merupakan penggerak perang proksi di Syria, Libya dan Yaman, memecah belahkan Iraq, serta mengepung Iran dan mengugut semua negara yang tidak mengikut kehendaknya.
 
“Perubahan jawatan Presiden Amerika Syarikat kepada Biden kerana pendekatan campur tangan dahulu telah gagal, tanpa dapat menguasai keadaan, maka perlu diubah tangan pemainnya.
 
“Biden tetap meneruskan polisi yang sama, dengan perubahan mengikut keadaan semasa sahaja. Khususnya dalam menghadapi kebangkitan semula umat Islam.
 
Dakwa Abdul Hadi, peranan Amerika Syarikat dapat dilangsungkan selagi masih ada yang ingin menjadi ‘khadam’ kepada negara Uncle Sam itu.
 
“Malangnya negara yang kaya hasil bumi, tetapi sangat fakir diri dan maruahnya masih lagi terhegeh-hegeh menagih simpati entah dengan siapa yang menang di Amerika.
 
“Sangat malang apabila mereka terlalu banyak melabur kekayaan di negara Amerika Syarikat dan Eropah, berbanding membantu negara umat Islam sendiri, sehingga dilaburkan di tempat yang tersasar daripada lapangan yang sepatutnya.
 
“Mereka sekadar bergembira di kelab judi dan kelab sukan sahaja kerana terlalu rakus pergantungannya kepada pihak yang bukan saudara-mara mereka.
 
Ini jelas Abdul Hadi termasuk membelanjakan peruntukan untuk pertahanan semata-mata untuk melaksanakan perang saudara sesama sendiri

Tiada ulasan: